Pengerusi Lajnah Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (LUHAM)YB Hanifa Maidin hari ini mengakui bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus bagi beberapa keadaan untuk membuat keputusan.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika bangun menjawab soalan perwakilan dalam sesi penggulungan oleh ahli jawatankuasa pusat.
Akan tetapi menurut beliau kenyataan Luham tempohari yang menimbulkan polimik kepada situasi politik semasa ketika itu hanyalah inginkan pandangan AJK Pusat yang lain turut diambil kira.
“Saya tidak nafikan presiden boleh buat keputusan,” kata beliau.
Beliau bekata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar PAS Kali Ke-60 di sini.
Akan tetapi bagi beliau, mengharapkan agar pandangan Luham dan Ajk PAS Pusat turut di ambil kira ketika mahu membuat keputusan sambil membacakan pindaan perlembagaan fasal 131 parti tahun 1983.










