Terengganu, Malaysia

Ulama Desak Tindakan Terhadap Dua ADUN

muktamar ulamak1

JOHOR BAHARU – Dewan Ulama pada Muktamarnya hari ini mendesak PAS mengambil tindakan tatatertib ke atas Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Perwakilan Selangor Muhammad Zuhali Saiman, yang turut mewakili Dewan Ulama Pas Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, berkata mutakhir ini, ada pemimpin Pas yang melangkaui batas akhlak, disiplin dan adab berjemaah.

“Ada yang mendahului keputusan parti dan mencabar parti sehingga sanggup dikenakan apa-apa tindakan seperti yang dilakukan dua Adun itu dalam isu Menteri Besar Selangor,” kata beliau ketika membentangkan usul disiplin dan adab Islam pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-53, di sini hari ini.

Selain itu, mereka turut mengkritik kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka di khalayak ramai dan melalui media dengan mencabar parti dan menyatakan kesediaan untuk diambil tindakan.

“Dengan itu, saya mendesak Jawatankuasa Tatatertib menjalankan siasatan ke atas tindak tanduk pimpinan-pimpinan yang dengan sengaja menyanggahi dan meremehkan keputusan Majlis Syura Ulama dan Presiden,” kata beliau.

Ketua Dewan Ulama Pas Pahang Mokhtar Senik pula berkata, ahli parti itu perlu menginsafi bahawa kejayaan Pas di persada politik kini adalah hasil keteguhan pegangan kepada prinsip perjuangan Islam dengan kawalan dan pemantauan daripada Majlis Syura Ulama selaras dengan Fasal 7 Perlembagaan Pas Pindaan (2011). – Bernama

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan