Terengganu, Malaysia
Pendapat

Kecekalan Muslimat Teruji Mendepani Pelbagai Pilihanraya

Kecekalan Muslimat Teruji Mendepani Pelbagai Pilihanraya

Oleh: Raihanah dan Najmiah

Pilihanraya Kecil (PRK) N.01 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan, merupakan PRK yang ke-5 diadakan selepas Pilihanraya Umum yang ke-13 (PRU-13).

Ia merupakan PRK yang ketiga ditandangi oleh PAS selepas PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai 2013 dan PRK DUN Sungai Limau pada 4 November 2013.

PRK Kuala Besut diadakan kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional yang memenangi kerusi tersebut pada PRU -13 meninggal dunia, akibat jangkitan paru-paru.

IMG_9728Manakala PRK Sungai Limau diadakan kerana penyandangnya yang juga merupakan mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak meninggal dunia kerana diabetes.

Sebaik ‘wisel’ ditiup dengan perisytiharan calon PAS bagi PRK Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim diumumkan, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu tidak menunggu masa yang panjang untuk turun ke gelanggang.

Dua Kawasan menjadi pasukan pertama seramai 50 orang petugas, majoritinya Muslimat mula bermukim Peti Undi Tujuh, Daerah Mengundi yang di berikan tanggungjawab kepada kontinjen pembantu dari negeri Terengganu.

Ketua Kontijen Muslimat Setiu Puan Maznah Muftahuddin ketika ditemui berkata, didalam mengerakkan jentera pilihanraya pada kali ini muslimat dikerahkan dengan pelbagai agenda kempen untuk memantapkan lagi gerak kerja PRU pengkalan kubor.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Muslimat Negeri Terengganu menegaskan, pada kali ini juga muslimat telah mengaturkan strategi dengen menggunakan aliran penyusunan gelombang untuk menghantar petugas d ari setiap kawasan.

“Gelombang pertama Setiu dan Kemaman, telah menghantar petugas ke pengkalan kubor, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat Kemaman merangkap AJK Dewan Muslimat Negeri Terengganu Puan Narliati Binti Lamshah,

“tujuh orang muslimat dan tiga orang Ameerah digerakkan bermula tarikh 12hb hingga 15 September 2014,

“Setiu telah menghantar enam orang muslimat untuk menjayakan lagi gerak kerja di N.01 Pengkalan Kubor,”ujarnya.

IMG_0096 (2)Ketika mengikuti aktiviti petugas Muslimat terbabit pada hari sebelum penamaan calon, kami amat kagum dengan ketinggian disiplin dan komitmen Muslimat.

mewakili unit media, kami diajak untuk berta’aruf, bagi merapatkan ukhuwwah, kerana menurut Puan Narliati, ukhuwwah yang intim akan memantapkan kerjasama dan kerja berpasukan.

Walaupun belum lagi masuk ‘gear’ kerana hari penamaan calon hanya akan bermula esoknya dan kempen pilihanraya belum bermula, kedua-dua pasukan Muslimat Setiu dan Kemaman mempamerkan teladan yang begitu menyentuh hati kami.

Selepas selesai ta’aruf yang berakhir selepas jam 12 tengah malam, awal pagi esoknya, kami dikejutkan untuk bersama-sama menikmati kedinginan malam, bangun bermunajat kepada Allah SWT.

Walaupun terasa begitu meletihkan dan mata yang mengantuk, kami amat merasai betapa iltizam para petugas Muslimat menghadapi PRK Pengkalan Kubor, seawal tempoh itu.

Tidak hairanlah, Muslimat menjadi ‘tonggak’ bagi setiap kali pilihanraya diadakan samada besar atau kecil.

Kegigihan petugas Muslimat bukan sahaja membuahkan kejayaan cemerlang PAS pada setiap kali menggempur musuh Umno dan Barisan Nasional, malah mereka digeruni oleh lawan yang serba lengkap dengan senjata keduniaan itu.

Bagi Muslimat, mereka tidak kesah, tidur berlantaikan papan dan hanya berbantalkan lengan, kerana tanggungjawab berkempen semasa setiap kali pilihanraya adalah merupakan usaha ‘dakwah’ yang berterusan.

Dari menjadi tenaga penceramah kelompok kepada kaum hawa, sehingga melaksanakan majlis-majlis bacaan Yassin dan tazkirah, bergerak dari rumah ke rumah, semangat kental muslimat membuat kami yang masih muda mengkagumi, motivasi mereka.

Semoga harapan Puan Maznah dan Puan Narliati berbunga dan menjadi buah, dapat dipetik dan dituai pada 25 September nanti, apabila calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat diisytihar menang dalam PRK Pengkalan Kubor.

Ia bertepatan, kata mereka, Wan Rosdi adalah calon yang amat bersesuan dengan citarasa masyarakat Pengkalan Kubor, apatah lagi beliau telah berkhidmat sebagai Penyelaras DUN sejak lebih 10 tahun yang lalu.

‘Salute’ kepada Muslimat PAS!!!

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan