KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu optimis untuk merampas kembali kawasan daerah mengundi (Peti Undi) Tujuh dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihanraya kecil kali ini.
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu YB Ariffin Deraman berkata, pihaknya akan mula menghantar petugas bagi membantu jentera pilihanraya negeri Kelantan bermula Khamis 11 September.
â(Untuk kerja-kerja) pilihanraya kecil (DUN) Pengkalan Kubor ini, kita akan hantar rombongan (bermula) pada 11hb (September) ini, rombongan kita hantar 50 orang (pada setiap masa) sehingga hari pilihanraya.
â(pada) 13 hb ini (hari penamaan calon), (lebih) banyak bas-bas akan pergi ke sana (begitu juga) termasuk hari mengundi,âujarnya ketika ditemui.
Menurut ADUN Alor Limbat itu, kontinjen pembantu dari tenaga kerja pilihanraya dari PAS Terengganu diberikan amanah untuk bertugas di kawasan Peti Undi Tujuh, sekitar Pantai Seri Tujuh.


âMenurut maklumat yang kita terima, peti undi itu asalnya salah satu daripada kubu PAS, tapi mungkin oleh kerana masalah calon dan parti yang bertanding jumlah pengundian merosot dan peti undi itu kita tewas,
âIn sha Allah jika sekiranya PAS diberi peluang untuk bertanding dan kita akan bekerja kuat. Dan kita akan mengambil semula kemenangan di peti undi itu,âtegasnya.
Pilihanraya kecil DUN N.01 Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat kanser pada 20 Ogos lalu.
Hari membuang undi adalah pada Khamis 25 September dan hari penamaan calon akan diadakan pada 13 September ini.
Sehubungan itu, Ariffin yakin DUN Pengkalan Kubor akan kembali ke tangan Pakatan Rakyat sekiranya PKR memberikan laluan dan calon PAS yang akan bertanding.
âOleh kerana PKR mengalami kekalahan dalam pilihanraya lalu, kekalhan pada PKR pada tahun lalu, apabila kita (PAS) ambil (kali) ini, walaupun kita tidak letak terlalu optimis untuk mencapai kemenangan, tapi kerja kita untuk mencapai kemenangan,
âOleh kerana In sha Allah, PAS akan bertanding, kita akan pastikan peti-peti undi khususnya yang Terengganu jaga ini, Peti Undi Tujuh ini kita akan capai kemenangan,âkatanya.
Kekalahan hanya kira-kira lebih sedikit seratus undi akan dapat ditebus kembali memandangkan kawasan tersebut adalah mempunyai majoriti penduduk Melayu Islam.
Menurut Sheikh Hanafi, peti undi tersebutmempunyai bilangan pengundi seramai lebih dua ribu pengundi dan separuh daripadanya adalah pengundi muda.
Sembilan puluh sembilan peratus adalah pengundi orang Melayu dan beragama Islam serta sebahagian besar daripada mereka bekerja sebagai nelayan dan petani.
http://youtu.be/R8m7asEPkGQ?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q



























