Terengganu, Malaysia
Pendapat

Seharian ‘Berbengkel Media’, Terasa Begitu Singkat

Seharian ‘Berbengkel Media’, Terasa Begitu Singkat

Oleh : Ida Hidayah

Kesinambungan daripada Bengkel Pengendalian Media siri pertama beberapa bulan yang lepas, maka dengan inisiatif Lajnah Penerangan dan Media Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) dan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) telah mengadakan Bengkel tersebut siri yang ke-2 pada 31 Ogos yang lepas di Kuala Ibai.

IMG-20140901-WA0062Penyertaan kali ini walaupun dilihat agak berkurangan, iaitu seramai 30 orang berbanding lebih 50 orang pada siri yang lepas, tetapi tidak mematahkan semangat pihak penganjur dan para peserta yang hadir.

Encik Sazali Mohd Noor, seorang aktivis media, editor dan wartawan, merupakan mentor kepada ‘team Media’ DMPNT dalam ucapannya menekankan bahawa kualiti itu lebih penting daripada kuantiti.

“Walaupun yang hadir pada kursus hari ini kurang dari segi kuantiti, saya yakin yang hadir ini akan dapat menghasilkan kualiti yang lebih baik lagi.”

“Saya amat mengharapkan para peserta dapat ‘absorb’ (menyerap) dan fahami sebaiknya setiap sesi pengisian yang kita datangkan hari ini yang merupakan bukan calang-calang orang”, Ujar beliau.

Bengkel kali ini menampilkan kumpulan jurufoto bebas yang ‘profesional’ iaitu Encik Azizi, atau lebih dikenali di laman sosial Facebook dengan nama Warnaiman Azizi. Beliau berkongsi banyak tips dunia fotografi serta cara-cara mengambil gambar yang menarik dan ‘hidup’. Beliau juga berkongsi permulaan minat beliau di dalam fotografi yang akhirnya menjadi sumber pendapatan yang lumayan kini.

IMG-20140901-WA0085Turut hadir memberi pengisian adalah wartawan daripada akhbar Sinar Harian iaitu Cik Noor Hayati Mamat, Cik Farah Shazwani Ali dan PuaN Rubiah Omar. Mereka berkongsi teknik penulisan berita yang betul serta mengendalikan bengkel temuramah.

Dunia kewartawanan merupakan cabaran baru buat para peserta. Namun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta begitu menggembirakan pihak penganjur dan panel.

Kursus berakhir sekitar pukul 2 petang dengan Ketua Penerangan dan Hubungan Media DMPNT, Puan Maznah Muftahuddin berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada para jemputan dan mentor. Turut diadakan sesi bergambar kenangan program. The siri berikutnya bakal diadakan tidak lama lagi.

“Saya mengharapkan agar para peserta yang hadir kali ini lah yang akan bersama kita menyertai kursus siri akan datang. Kita akan membawa para peserta menyelami dunia media yang sebenar dan lebih mencabar untuk kursus siri seterusnya.” Ucap Encik Sazali menutup Bengkel media kali ini.

Selaku peserta kepada kedua-dua bengkel siri 1 dan siri 2, saya merasakan banyak kelainan bengkel pengendalian media pada kali ini. Sebagai contohnya di dalam pembentangan slot fotografi, peserta diajar bagaimana untuk mengambil sudut gambar yang tepat sesuai dengan berita yang ingin disampaikan.

IMG-20140901-WA0084“A picture is worth a thousand words”.. Walaupun gambar boleh memberikan banyak makna, sudah semestinya dibantu dengan berita yang tepat. Seorang pemberita juga mestilah jujur menyampaikan gambar dan ceritanya. Selain itu, seorang jurugambar Muslim mestilah cakna ‘aurat’ dan batasan syariat subjek foto yang diambil.

Bengkel berita juga tidak kurang hebatnya. Penulis sendiri teruja ketika simulasi sidang akhbar bersama pihak berkuasa diadakan. Wartawan yang menjadi panel berkongsi secara terus jenis soalan yang patut ditanya, selain pantang larang yang harus dipatuhi. Kunci persoalan untuk dijadikan asas berita hendaklah memenuhi kaedah 5W 1H (What, Who, When, Where, Why, How).

Kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan kursus media kali kedua anjuran DMPNT dan KAMI serta merasa amat rugi kalau saya tidak dapat menyertainya. Seharian berprogram terasa amat singkat sekali. Kehadiran yang sederhana ramai kali ini juga dirasakan sesuai serta mudah untuk para pembentang memantau tugasan yang diberikan.

Saya mengharapkan agar kursus siri seterusnya banyak memberi pendedahan sebenar seorang petugas media dan tugasan lapangan, bukan hanya sekadar teori.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan