KUALA NERUS – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menjunjung kasih titah yang telah di keluarkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menyeru semua pihak menyambut baik seruan titah DiRaja itu.
Timbalan Ketuanya, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menyifatkan titah tersebut sebagai satu langkah terbaik dalam menyelesaikan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
pendekatan yang dibawa oleh Presiden PAS adalah tanda penuh hormat kepada institusi istana di negara ini.
“Telah di keluarkan titah daripada Tuanku (Sultan Selangor), jadi saya mengira semua rakyat menjunjung kasih titah daripada tuanku dan tentu sekali kami daripada Pakatan Rakyat akan menyambut baik seruan daripada tuanku menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik,
“jadi saya melihat cara yang telah dibawa oleh tuanku tersebut akan memberikan kepuasan hati kepada semua pihak in sha Allah, jadi siri seterusnya kita saksikan siri yang terbaiklah sama ada PAS, PKR, DAP, ”ujarnya ketika ditemui
Apa yang penting kata beliau, buat masa ini adalah, kerajaan PR di Selangor harus dipertahankan oleh semua parti PR.
Beliau melahirkan keyakinan dengan dengan pendekatan yang dibawa oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan memberikan sokongan penuh.
“Saya melihat pendekatan yang dibawa oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Presiden adalah berasaskan penghormatan terhadap institusi-institusi Istana,
“jadi saya mengira itu satu pengiktirafan besar,”jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tepoh, Terengganu ketika melawat kerja-kerja akhir penyiapan pejabat dan markaz baru bagi Majlis Tindakan DUN tersebut.


Menurutnya, tindakan berhati-hati yang diambil oleh PAS terhadap semua pihak adalah kerana PAS mempunyai pengalaman politik yang panjang dan hubungan yang baik dengan istana.
“apabila diserahkan keputusan kepada Istana (untuk melantik Menteri Besar) kita rasa itu adalah tindakan yang tepat dan terbaik untuk menjaga hubungan dengan semua pihak,
“khususnya dengan pihak istana yang memiliki satu kedudukan yang sangat tinggi pada mata masyarakat, jadi penghormatan ini diraikan oleh PAS, dan PAS cukup masak pengalaman dengan istana,”ujar beliau.
Beliau berkata, walau pun PAS boleh mengambil peluang dari krisis yang berlaku di Selangor, namun atas semangat menghormati Pakatan Rakyat, PAS tidak berebut untuk jawatan paling tinggi di Selangor itu.
“Kita yakin calon daripada PR ini ramai yang ada kemampuan, jadi isu ini tidak berbangkit, dan apa yang paling penting sekali adalah yang paling terbaik daripada keseluruhan mereka untuk ditonjolkan sebagai Menteri Besar.
“Walau bagaimana pun saya melihat PAS menghormati semangat PR dan tidak mengganggu dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini untuk mengambil peluang bagi PAS untuk merebut jawatan Menteri Besar di Selangor,”katanya lagi.
http://youtu.be/HjWs_h750vA?list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q





























