KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia yang telah melangsungkan persidangan penggal keempatnya di Turki bermula pada 20 Ogos lalu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat menyifatkan, ia merupakan pengiktirafan dunia kepada masyarakat Asia Tenggara dan ‘rumpun Melayu.


“kami amat berbesar hati, sebagai rakyat Terengganu…..orang Melayu di pantai Timur ini buat julung kali diiktiraf (oleh dunia),”ujarnya.
Beliau yang berkata demikian dalam satu sidang media di sini, semalam Ahad 24 Ogos, turut memaklumkan, Ustaz Hadi juga adalah Ahli Pegang Amaanah Yayasan al-Aqsa dan Ahli Jawatankuasa ‘Taqrib Mazahib’, iaitu satu jawatankuasa yang berusaha merapatkan pemikiran mazhab sedunia.
Dengan pengiktirafan itu, kata Ustaz Saiful, menjawab dakwaan yang dilemparkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno Terengganu yang menuduh PAS adalah parti ajaran sesat.


“tak perlu jawab lah selepas pada ini (dan tuduhan) yang mendakwa dalam PAS ini tak ada tokoh ulamak dan sebagainya,”tegas beliau.
Oleh itu, beliau menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dengan tokoh ulamak yang terkemuka didunia dan menyarankan supaya parti Umno dimansuhkan sahaja.
“saya rasa (semua) rakyat Malaysia ini sepatutnya bersama-sama tokoh ulamak yang diiktiraf ini dan saya rasa (saran) tutuplah Umno……(mari) bersama-sama dengan PAS,”jelasnya.
http://youtu.be/L4CaRw7zrQI





























