Terengganu, Malaysia

Jangan Bertembung Dengan Istana, Jangan Cetus Huru Hara!

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1

Ahli Majlis Syura PAS Ustaz Nasrudin Hassan menasihatkan rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya ‘tidak bertembung’ dan menerima serta melaksanakan apa yang dititahkan Sultan negeri Selangor Darul Ehsan berhubung isu Menteri Besar negeri itu.

“Jangan bertembung dengan pihak berkuasa istana, khususnya ke atas pelantikan Menteri Besar. Menghormati Institusi DiRaja juga adalah sebahagian dari yang di sepakati Pakatan Rakyat,”katanya dalam laman sosialnya semalam.

Walaupun mengakui kritikan sebagai sebahagian daripada politik, beliau menegur mereka dalam Pakatan yang menegur sokongan PAS untuk Khalid.

“Ini akan menghakis nilai pakatan kita,”amaran Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh MP dan bekas Ketua Pemuda PAS.

nasruddin (2)PAS Syura Ulama dan Dewan Ulamak PAS setakat ini telah memberikan sokongan mereka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor, walaupun jawatankuasa PAS pusat hanya akan bermesyuarat pada hari Ahad untuk memutuskan pendirian rasminya mengenai isu itu.

“Tolong jangan mengancam dan membuat kenyataan terhadap kami. PAS bukan parti ‘hingusan’ yang boleh dibuli, “kata Nasrudin, mengingatkan sekutu PAS bahawa parti itu tidak akan mengkhianati pemuafakatan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor yang tidak akan menjalinkan kerjasamana dengan Umno.

Sementara menunggu keputusan parti dalam isu ini, beliau berkata PAS akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi melindungi kerajaan negeri.

“Jangan menyebabkan huru-hara kepada pentadbiran negeri Selangor,” tegasnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata wakil rakyat parti itu memilih untuk kekal dalam majlis eksekutif (exco) bagi memastikan bahawa pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar.

Beliau berkata empat anggota exco PAS, termasuk dirinya, telah membuat “pengorbanan besar”.

“Kami masih dalam exco Selangor supaya semua rancangan dan program untuk negeri itu boleh terus dilaksanakan.

“Bagaimanapun, kita hadapi risiko menjadi pengkhianat dilabel oleh rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Iskandar menegaskan dan memberikan jaminan, bahawa PAS akan mengekalkan kepentingan gabungan (Pakatan) itu.

“Kami juga ingin memastikan bahawa Umno tidak mengambil kesempatan daripada keadaan ini berterusan,” kata wakil rakyat DUN Chempaka itu.

Iskandar berkata PAS tidak akan menuntut wakil rakyat untuk menggantikan Exco yang dipecat dari PKR dan DAP dalam ahli majlis mesyuarat negeri Selangor.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan