Solidariti Bersama Gaza; Boikot Umno Kerana Bayar RM 78 Juta Kepada Apco Worldwide

1093

MARANG – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya memboikot barangan dan perkhidmatan yang menyalurkan dana kepada rejim Israel.

Bahkan, kata beliau parti Umno juga wajar diboikot kerana telah membayar puluhan juta ringgit kepada syarikat Yahudi.

IMG_20140811_032817“perlu gunakan kuasa kita, janganlah beli barangan yang menyalurkan (dana) kepada Israel laknatuLlah……..susan sangat ke Kita? Mati ke Kalau tak makan McDonald? Kalau tak minum Coca-cola? Kita tahu sumber tersebut menyumbang kepada Israel untuk membinasakan bumi Gaza.

“yang penting sekali, di Malaysia ini, Umno yang sepatutnya kita boikot! kerana Umno membayar RM76.86 juta setahun kepada syarikat yahudi Apco Worldwide, yang dibayar dengan duit pembayar cukai, duit rakyat.

“bayangkan berapa puluh juta diberikan kepada syarikat yahudi, yang mengancurkan saudara-saudara kita di bumi Palestin,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Untukmu Gaza, Himpunan Solidariti yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS Terengganu, pada Jumaat 8 Ogos di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila dekat sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka menyelar kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya sebagai ‘kerajaan dua wajah’, satu tangan menghulur bantuan kepeda Palestin, manakala tangan yang lain membantu Israel membunuh umat Islam Palestin.

20140808_232931 (2)Katanya, kerajaan mestilah menghentikan perdagangan antara Malaysia dengan Israel sekiranya benar-benar mahu membantu umat Islam di Gaza.

“sebanyak RM4.6 billion (setahun) perdangan yang dilakukan kerajaan Malaysia kepada (dengan) Israel. Kita mendesak supaya kerajaan Malaysia memperhentikan perdangan Malaysia dan Israel.

“pemimpin (Umno) Menteri (kerajaan) Malaysia cakap, (kononnya) nak boikot barangan yang melibatkan Israel……,”jelasnya.

Pada malam tersebut, hampir RM800, 000 kutipan sumbangan Dana Kemanusiaan Gaza yang dilancarkan pada 20 Ramdahan lalu, diserahkan oleh PAS Kawasan-kawasan seluruh Terengganu kepada Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut berucap adalah wakil Palestin Abu Ayesh, Presiden Yayasan Amal Malaysia Haji Hussin Ismail selain dari Ustaz Abdul Hadi Awang.