PAS Dungun Desak Hanipa Dikenakan Tindakan Disiplin

1736

DUNGUN – PAS Kawasan Dungun menggesa Jawatankuasa Disiplin Parti mengenakan satu tindakan tegas dan segera ke atas Ahli Jawankuasa Kerja PAS, Mohamed Hanipa Maidin kerana tindakannya mengkritik Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan GuruAbdul Hadi Awang.

IMG-20140808-WA0000 (2)Yang DiPertua PAS Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, ucapan Hanipa berkait kemelut politik Selangor dalam dalam satu program pada 5hb Ogos memberi kesan kepercayaan ahli terhadap Presiden PAS

“tidak sewajarnya seorang AJK PAS Pusat membuat kritikan terbuka dan rakaman video tersiar di media sosial secara meluas.

“Demi menjaga kelangsungan wala’ dan keharmonian Parti PAS dalam hadapi pelbagai mehnah, desakan PAS Kawasan Dungun sewajarnya diberi perhatian serius oleh Jawatankuasa Disiplin Parti,”ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Jumaat 8 Ogos.

Oleh itu, beliau berkata, satu surat rasmi telah dihantar melalui e-mel kepada Setiausaha Agung PAS Pusat, sejurus keputusan dibuat oleh PAS Kawasan Dungun daalam mesyuarat yang diadakan semalam.

“berkait perkara ini dan penyerahan terus surat ini (dengan tangan) akan dibuat pada Jumaat 8 Ogos 2014.

“Kami menerima apa jua tindakan yang bakal diambil pihak Jawatankuasa Disiplin dan diharapkan keharmonian PAS diteruskan sebagai Parti Islam tunggal di Malaysia,”ujarnya.