Menanti Keajaiban Sibu – Pakatan Rakyat Menewaskan Barisan Nasional

958

.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapat 18, 845 menewaskan calon BN dari SUPP yang mendapat undi 18, 447.

Berita Sebelumnya

SIBU — Kemaskini 10.30 malam – Bimbang Kputusan di Terbalikkan

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing bimbang, keputusan tersebut mungkin akan diterbalikkan oleh pihak-pihak tertentu. Ia adalah kerana katanya, pengumuman rasmi belum dibuat sehingga kini, dan keputusan pengiraan undi pos, masih belum diumumkan.

“Belum dibuat pengumuman rasmi, kita sedang menunggu di pusat penjumlahan undi, bimbang keputusan tersebut di terbalikkan,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Kebimbangan tersebut turut dinyatakan oleh Pnasihat DAP Lim Kit Siang melalui Twitter, kerana pengiraan undi pos sebanyak 2, 571, yang bermula sejak 5.30 petang berakhir 8.30 malam sepatutnya, pengumuman telah dibuat.

Para penyokong Pakatan rakyat kini sedang menunggu di luar Dewan Suarah, dengan payung kerana hujan masih belum berhenti

Berita Sebelum ini Kemaskini Terkini – 9.30 malam – DAP Menang dengan Majoriti 200 Undi.

Pakatan Rakyat yang di wakili oleh Parti Tindakan Demokratik (GAP) memenangi pilihanraya kecil Prlimen P.212 Sibu dengan majoriti 200 undi.

Pengiraan undi kali kedua sedang berlangsung, namun ia tidak akan  sampai menafikan ‘keajaiaban Sibu’ dan kemenangan DAP.

Demikian dinyatakan oleh Haji Hanafiah Mat, ketika menghubungi Buletinonline terus dari pusat pengiraan undi di Sibu


Berita Sebelumnya

>7.40malam – Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi.

Sehingga kini, sebanyak 94 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus undi, telah dikira.

Dari pengiraan yang telah dibuat:

DAP – 16,178
BN – 13,156
Bebas – 134


Berita Sebelumnya

> Hanya 59.86% pengundi yang keluar membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen P212 Sibu, selepas proses pengundian berakhir pada pukul 5 petang.
Ia bermakna daripada jumlah pengundi berdaftar sebanyak 54,695 (termasuk 2,537 pengundi pos), hanya 32, 742 pengundi yang keluar membuang undi.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, pada umumnya orang melayu masih bersama Barisan Nasional (BN) dan mengundi calon SUPP.

Manakala orang Cina, sebagimana perubahan politik yang berlaku di Semenanjung, bersedia untuk melakukan perubahan dengan moto yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang diwakili DAP ‘Jom Berubah’,

”Keadaan di semua pusat pengundian, tidak semeriah sebagaimana hari pengundian di Semenanjung, terutama tempat majoriti orang-orang Cina di kawasan Bandar, hanya sebilangan kecil (terdapat) perayu undi,”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Manakala perkembangan terakhir sehingga jam 7.00 petang sebentar tadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, masih ada harapan calon DAP Wong Ho Leng akan dipilih menjadi Ahli Parlimen Sibu.

Selain, peratus keluar mengundi yang rendah, keputusan beberapa peti undi terakhir menampakkan perpindahan undi pukal yang banyak dari para pengundi yang berubah mengundi Pakatan Rakyat dari mengundi BN.

Melalui komunikasi Twitter, Lim mencatatkan contoh terakhir peti-peti undi yang dikira terdapat perubahan ketara, antaranya;

Peti undi dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Lai (Pelawan), daripada dua saluran, DAP mendapat 374 (2008 283) undi berbanding BN yang mendapat 175 (2008 – 151).

Peti undi dari SJKC Tung Hua Jln Tun Openg (Pelawan) daripada lima saluran DAP meraih 1,362 votes (2008 – 1,114) berbaning BN 591 (2008 – 622).


Manakala SJKC Guong Ann (Pelawan) daripada enam saluran, DAP mendapat 1620 votes (2008 – 1298) against BN 601 (2008 – 661).