Terengganu, Malaysia

‘Usah buat kenyataan mengelirukan rakyat’ – Presiden PAS

Snapshot 2 (20-7-2014 6-19 PM)

MARANG – Nasihat Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada semua pimpinan parti disemua peringkat secara umumnya agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.

Menurutnya, secara umum dalam isu-isu besar pimpinan PAS disemua peringkat usah membuat kenyataan sendiri tanpa merujuk kepada parti.

Ini kerana, katanya sebarang kenyataan dalam isu yang besar dan tidak merujuk kepada kepimpinan utama parti dibimbangi boleh mengelirukan rakyat.

“Secara umum saya buat kenyataan supaya pimpinan PAS dalam isu-isu yang besar jangan buat kenyataan-kenyataan sendiri.

“Ini mesti rujuk kepada parti dan kepimpinan utama parti yang membuat keputusan secara jemaah dan hendaklah merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang lalu, yang menjadi dasar merupakan kenyataan umum.

“Jangan ditafsirkan kenyataan-kenyataan itu secara bersendiri sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat dan boleh mencalar PAS sebagai sebuah parti yang mendukung isu-isu dengan bijak, yang tidak memporak-perandakan rakyat dan boleh menjejaskan hubungan kita (PAS) dengan semua pihak yang ada di Malaysia ini,” tegasnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Rusila, Marang pada Sabtu, 19 Julai.

Dato’ Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan terus mendukung amalan demokrasi di negara ini.

Oleh itu, katanya demokrasi hendaklah dengan cara yang boleh menarik masyarakat umum dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami.

“PAS terus mendukung demokrasi. Demokrasi mestilah dengan cara yang boleh menarik masyarakat umum dengan bahasa yang boleh difahami oleh mereka (rakyat).

“Usah menggunakan bahasa yang boleh mengeliru dan menyebabkan timbul salah faham terhadap PAS,” jelasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan