Masih Ramai Rakyat Miskin; Berikan ‘Hak Menerima Bantuan’ Kepada Mereka!

1359

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu dan agensi-agensi berkaitan, diberikan peringatan bahawa, masih ramai rakyat Terengganu yang hidup menderita kerana kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar mempersoalkan tanggungjawab kerajaan dan agensi-agensinya termasuk MAIDAM yang seolah-olah membiarkan keadaan tersebut terus berlaku.

“kenapa ada penderitaan, kenapa ada golongan orang miskin yang tidak dibantu. Ramai yang kaya, tapi pasal apa yang kaya tidak bantu yang miskin,

“kita ada kerajaan yang kaya, kerajaan Terengganu kerajaan yang kaya…..banyak (pendapatan) RM2 bilion (setahun),”katanya.

Beliau menegaskan, ada orang-orang miskin yang sepatutnya mendapat bantuan, tetapi tidak mendapat bahagian mereka.

tengku hassan (2)Menurutnya, kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya memberikan hak kepada orang miskin yang layak menerima bantuan tanpa mengira latar belakang mereka.

“masalah nak dapat bantuan kena ‘sign’ (tandatangan) JKKK pulak, sepatutnya yang layak dapat bantuan kena beri,

“apa pulak nak kira parti-parti ni…..berilah sahaja lah,”jelasnya ketika berucap dalam majlis penyampaian bantuan kepada orang miskin dan kurang upaya.

Katanya, ke mana wang sebanyak RM2 ribu juta (2 bilion) yang menjadi bajet kerajaan negeri Terengganu dibelanjakan?

“masih ramai yang miskin……… (negeri) Terengganu masih (kedudukan) negeri nombor empat (termiskin di Malaysia),

“keluarga miskin yang dibnaci daripada (melalui) e-kasih……..lebih kurang 10 ribu (orang) lebih, kalau masuk yang lain-lain lagi, (angkanya) sekali ganda lagi,”soalnya.

Beliau yang juga mantan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM menggesa supaya zakat yang dikeluarkan oleh Majlis tersebut memberikan hak kepada mereka yang layak, khususnya di kalangan orang-orang miskin.

“bahagian agama Islam…….MAIDAM ni dia kutip zakat, (pada) tahun lepas sahaja (sebanyak) RM121 juta, daripada (jumlah itu) kita bahagia lapan (bahagian) asnaf ada untuk orang fakir (sebanyak) RM15 juta,

“saya bertanya………apa hak? Apa hak MAIDAM tidak beri kepada orang yang berhak dapat (dari kalangan) orang miskin…..orang fakir…….pasal apa tak beri (kepada mereka)?,”soalnya lagi.