Kepungan Terhadap Rakyat Palestin Mesti Ditamatkan Segera

832

Pemimpin terkemuka Hamas, Ismail Haneyieh menegaskan tiada sesiapa yang boleh menafikan dan mengabaikan tuntutan dan syarat-syarat kebangkitan rakyat Palestin.

Mengulas mengenai inisiatif gencatan senjata oleh Mesir selama 48 jam, Haneyieh menambah, perjanjian untuk bertenang itu harus merangkumi pelaksanaan tuntutan rakyat Palestin, termasuk menghentikan pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin.

Selain itu, beliau yang dipetik oleh agensi berita ar-risalah berkata pada Selasa, Israel mensti menamatkan pengepungan terhadap Gaza, melepaskan banduan yang telah dibebaskan tetapi ditahan semula oleh Israel.

Beliau menjelaskan bahawa Israel melancarkan pencerobohan dan kini mereka mahu menamatkan tanpa memenuhi mana-mana permintaan rakyat Palestin.

“kebangkitan dan penentangan dari rakyat Palestin yang kuat dan ia akan terus mempertahankan Palestin hingga mencapai matlamat rakyat Palestin,” katanya lagi.

erdogan-jpg20130506120207Sementara itu, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyelar Israel dalam pendekatannya kepada rakyat Palestin, dan menuduh rejim zionis melaksanakan ‘kekejaman sistematik dan keganasan’ sebagaimana yang dilakukan oleh Adolf Hitler.

Beliau menggesa supaya sekatan dan pengepungan terhadap rakyat Palestin dihapuskan segera.

“Apa yang Israel telah melakukan di Gaza sejak minggu lepas tidak dijelaskan. Israel terus mengganas. Beralih daripada keganasan individu, ia kini yang melakukan keganasan negara, “kata beliau dalam ucapan mingguannya di parlimen pada Selasa.

Beliau mengkritik masyarakat antarabangsa yang terus berdiam diri dan berkata “Tiada negara di dunia, kecuali Turki, boleh berdiri (dabn berdepan) terhadap serangan Israel dan menggesa ia berhenti. Saya masih ingat, sekali lagi, bahawa orang-orang yang melakukan kezaliman lambat laun akan membayar harga. ”

Erdogan juga mengecam ahli Knesset yang mendakwa bahawa semua rakyat Palestin adalah musuh-musuh mereka dan menggesa untuk pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin.