Presiden PAS Ziarah Pusara al-Marhum Ustaz Abu Bakar Chik

1509

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkunjung ke perkarangan Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyah (MTT) dan menziarahi pusara al-Marhum Ustaz Abu Bakar Chik.

Ustaz hadi dan rombongannya tiba di kawasan asrama putera, berhampiran pusara al-Marhum pada kira-kira jam 3.30 petang, Jumaat 11 Julai.

b1Beliau bersama rombongan menghabiskan masa kira-kira 20 minit, menunaikan solat jenazah dan berdoa, sebelum berundur.

Turut sama hadir adalah, Timbalan Pesuruhjaya ( I ) PAS Terengganu YB Dr Alias Razak, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Dr Ustaz Abu Bakar Abdullah dan ADUN Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim serta Mudir MTT Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal.

Pada 23 Jun lalu, al-Marhum yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi, sekembalinya dari Kuala Lumpur.

Presiden PAS ketika itu, yang sedang dalam rawatan lanjutan dan baru pulang dari Turki, adalah antara pimpinan terakhir yang dikunjungi al-Marhum, sebelum beliau kembali ke rahmatuLlah.