Pihak berkuasa di wilayah China, Turkestan Timur (Xinjiang) telah mengharamkan secara rasmi pelajar dan guru-guru daripada menjalankan ibadah puasa dan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti keugamaan dalam bulan Ramadan.
Tindakan itu, yang diumumkan secara rasmi melalui radio pemerintah memberikan alasan kononnya untuk membendung keganasan.
Sebaliknya, ia adalah satu lagi tekanan dan kezaliman serta sekatan atas kebebasan agama terhadap penduduk Islam Uighur yang merupakan majoriti di rantau itu.


Bozhou, stesen radio rasmi di rantau itu, juga mengumumkan bahawa ahli-ahli parti, guru dan belia tidak boleh melibatkan diri dalam ibadah Ramadan.
Turkestan Timur adalah wilayah yang kaya dengan sumber dan terletak dalam kedudukan strategik di sempadan Asia Tengah, dilihat penting untuk keperluan tenaga China yang semakin meningkat.
Penganalisis berkata bahawa, walaupun kekayaan mineral dan pelaburan berbilion-bilion dolar, banyak daripada hasil pergi ke majoriti Cina Han, mencetuskan kebencian dikalangan etnik Uighur.


Kira-kira 200 orang terbunuh dalam pergolakan di Turkestan Timur pada tahun lalu, menurut laporan pemerintah.
Kumpulan Uighur dalam buangan dan aktivis hak asasi manusia mengatakan polisi-polisi menindas pemerinath China di Turkestan Timur, termasuk kawalan ke atas Islam, telah menimbulkan kekacauan, tetapi dinafikan Beijing.
China telah mengetatkan cengkaman ke atas perbincangan awam mengenai Turkestan Timur juga.
Pada bulan Januari, polis menahan profesor ekonomi Uighur yang terkenal, Ilham Tohti dan telah didakwa menghasut perpecahan.




























