Semoga Penduduk Chubadak Tambahan Tabah Hadapi Ramadhan

1244

PAS mengecam tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan Kampung Chubadak Tambahan dan menggesa para penduduk terbabit mempertahankan hak.

chubadak tambahan2Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, PAS akan terus membantu rakyat yang ditindas dan penduduk berhak mempertahankan kampong mereka kerana mereka bukan ‘setinggan’

“kami (PAS) akan terus membantu ‘kejerihan’ rakyat miskin yang ditindas, penduduk (Lampung Chubadak Tambahan) mesti pertahankan hak, kerana mereka bukan setinggan,”

“DBKL zalim dan ‘pro-kapitalis’………tidak menghormati keputusan mahkamah bahkan melanggar perintah ‘injunksi’ menghalang DBKL dari merobohkan rumah-rumah penduduk,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, ‘turun’ menziarahi penduduk kampung tersebut semalam, Sabtu 28 Jun.

chubadak tambahan3Turut sama dalam rombongan beliau adalah wakil dari NGO Muslim Care dan bekas selebriti dan pelakon ‘Gerak Khas’, Abby Abadi.

Sehubungan itu, Ustaz Riduan turut menyampaikan bantuan kepada para penduduk bagi mengurangkan beban mereka menjelang kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

“saya mewakili kepimpinan PAS dan NGO menyampaikan sedikit sumbangan dan berdoa agar semua penduduk terbabit tabah menghadapi segala ujian dan cabaran,

“terutama dalam bulan Ramadhan ini, bulan rahmat, keampunan dan ‘syahrul jihad’,”jelasnya.