SANA’A, Yaman – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyokong usaha NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) menganjurkan pakej lawatan ke negara Yaman.


“Kami Dewan Pemuda Pas Terengganu memang mengalu-alukan pakej yang dibuat oleh Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang membuat pakej jauhlah ke Negara Yemen.
“Alhamdulillah, saya memang menyokong seratus peratus usaha tersebut kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan yang paling penting dapat mengenali tokoh-tokoh ulama’ yang hebat yang bukan hanya sekadar berada di medan ilmu tetapi mereka berada secara langsung untuk mentarbiyah masyarakat dan dapat mengetuai tempat yang mereka duduk,”ujarnya yang ditemui anggota KAMI, Syed Hussein Solahuddin di sini.


“Telah dikisahkan didalam al-Quran dalam surah Al-Qalam ayat 17-33 dimana pada zaman ayah mereka (dalam kisah itu) sebahagian dari hasil kebun dibahagikan kepada fakir miskin.
“Tatkala selepas kematian ayahnya kebun tersebut diwarisi oleh anaknya dan anaknya tidak membahagikan sedikit hasil kebun kepada fakir miskin.Maka selepas itu Allah menimpakan bala keatas kebun itu dengan kebakaran yang amat dahsyat,”jelasnya
Beliau berkata, peristiwa bersejarah itu berlaku selepas peristiwa Nabi Isa diangkat ke langit.
Ustaz kamaruzzaman juga menyifatkan, bumi Sana’a mempunyai pelbagai tempat yang boleh dikunjuungi seperti Babul Yaman yang turut dicatat sejarahnya.


“Nabi Muhammad telah mengarahkan sahabat iaitu Wabr bin Yuhannas Al-Khazai untuk membina masjid di Sana’a,”ujarnya.


“Pada hari ini, Syeikh Abdul Majid Zindani ulama’ yang terkenal dalam kajian sains dan Al-Quran telah membuktikan bahawa arah kiblat yang ditentukan oleh Baginda SAW adalah tepat dengan pintu Kaabah di Mekah Al-Mukarramah
“dan banyak lagi tempat-tempat yang boleh kita tengok di bumi yang berkat ini dimana bumi (Yaman ini) yang nabi pernah bersumpah di dalam hadisnya,”tambah beliau.
Ustaz Kamaruzzaman bersama rombongannya berada di negara Yaman dalam rangka lawatan kerja dan usaha menjalinkan persefahaman pendidikan dengan beberapa buah universiti.
[Keterangan gambar : – Atas sekali – Masjid Kabir; Masjid pertama yang dibina di Yaman, No. 2 Kanan – Ardujannatain – kisah kebun terbakar, No.3 kiri – Ghorqat al-Qulais ; lokasi Ka’abah rekaan Abrahah ]





























