DUNGUN – Dengan usia mencecah 80an tidak sewajarnya peneroka Felda digalaskan dengan hutang yang menggila. Dengan nilai hutang 40 – 120 ribu apakah ini dikatakan kejayaan hidup seorang peneroka Felda?
Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Naraza Muda berkata, selama ini, pihak kerajaan selalu mengambarkan kesenangan dan kejayaan peneroka Felda kononnya, kerajaan berjaya mengubah kehidupan mereka.
Sebaliknya, kata beliau, kerajaan tidak pula mendedahkan sebenarnya, peneroka dibebani hutang ratusan ribu ringgit.
“selalu pihak kerajaan mengambarkan kesenangan dan kajayaan peneroka Felda mengubah kehidupan yang lebih baik namun tidak pula didedahkan hutang ratusan ribu yang tertanggung oleh peneroka Felda.


[Gambar atas; Ladang penroka macam hutan simpan?? Gambar kiri – Pokok Kelapa Sawit kurang subur……mana baja??]
Katanya, sewajarnya pihak kerajaan menyediakan pelan dan mekanisma yang lebih mesra dan tidak seperti sekarang.
Beliau berkata, apa yang diamalkan sekarang seolah menjerut tubuh insan lemah dan menjadikan Felda Technoplant sebagai ‘samseng pemeras keringat’ peneroka Felda yang disokong kerajaan.
“Jika Kerajaan ikhlas memaju peneroka Felda kearah kehidupan bermasyarat yang tenang dunia dan akhirat,
“sewajarnya sudah lama anak generasi Felda dilatih sebagai pentadbir tanah peneroka dan mengurus tadbir sendiri dengan kesatuan, koperasi dan syarikat.
“bukan menyerahkan kepada Felda Technoplant,”tegas beliau.
Justeru itu, beliau yang juga generasi kedua Felda mendesak kerajaan memandang serius isu ini dan menjadikan agenda tranformasi yang tidak mencekik halqum peneroka.




























