KUALA NERUS – Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima aduan dari pihak tuan bagi pihak Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, mengenai kewujudan halaman palsu yang didakwa menggunakan nama dan gambar beliau yang dikhuatiri boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna-pengguna Internet di Malaysia.
Menurut surat jawapan dari MCMC yang dipanjangkan kepada kami, capaian kepada profil tersebut adalah seperti di https://www.facebook.com/ahliparlimen.kualanerus.


Semakan yang telah dibuat oleh pihak kami mendapati halaman facebook palsu ahli parlimen kuala nerus di https://www.facebook.com/ahliparlimen.kualanerus telah lesap dari alam maya.
Setiausaha AP Kuala Nerus Muhammad Raimi bin Abdul Rauf berkata, aduan telah dibuat kepada MCMC dan telah mendapat perhatian daripada mereka.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak MCMC kerana menerima aduan yang dikemukakan dan telah mengambil tindakan yang segera dan sewajarnya.




























