KUALA NERUS – Institut Itqanul Muluk sebuah Pusat Kajian & Pengajian Strategi Pembangunan Ummah akan menganjurkan Seminar yang bertajuk ‘Wabak Gejala Sosial: Dimana Kita’ pada hari Sabtu 31 Mei 2014 bertempat di Dewan Seminar Masjid Tok Jiring, Kompleks MTT, Tok Jiring Kuala Nerus.
Menurut Pengarah Seminar, Dr. Hamdan Mohamad [Gambar kanan bawah], objektif seminar tersebut adalah untuk menghasilkan kajian ilmiah berkaitan masalah social dan kaedah menanganinya secara berkesan.
Disamping itu, kata beliau, ia juga bertujuan untuk mengumpulkan para sarjana supaya berfikir secara serius berkaitan perkara tersebut.
“objektif Seminar Gejala Sosial itu adalah untuk menghasilkan Kajian Ilmiah berkaitan masalah social dan kaedah menanganinya secara berkesan.
“Mengumpulkan para sarjana supaya berfikir secara serius berkaitan perkara tersebut dan menanamkan rasa kesedaran di kalangan Ibu Bapa dan pimpinan masyarakat betapa seriusnya masalah ini dan bersama menanganinya,”ujarnya


Mereka adalah Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid, Dr. Hj. Abu Bakar Abdullah, Dr. Ann Wan Seng, Dr. Burhanudin Abdullah, Dr. Riduan Mohd Nor dan Dr. Che Noraini Hashim.
Tujuh kertas yang dibincangkan oleh pembentang tersebut bertajuk; Gejala Sosial Dari Perpektif Islam, Gejala Murtad Terkini, Dasar-Dasar Kerajaan Dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Social Di Negeri Terengganu, Ancaman Black Metal Terhadap Akidah, Jenayah Juvana : Cabaran dan Penyelesaian, Kebejatan Hiburan Zaman ini dan Gejala Sosial: Pengaruh Rakan Sebaya dalam kehidupan Remaja Dan Pelajar.
Sedikit yuran penyertaan akan dikenakan iaitu RM50 bagi setiap peserta dan penyertaan pelajar diberi diskaun, hanya dikenakan bayaran sebanya RM30.
Beliau berkata, melalui media massa, wabak gejala sosial kini berada pada tahap yang sangat kritikal.
Oleh itu, generasi kini dan akan datang perlu di selamatkan akhlak dan agama mereka supaya matlamat hidup dapat di hayati.
Justeru beliau menyeru kepada seua lapisan masyarakat yang prihatin agar dapat sama-sama menghadiri Seminar tersebt bagi menyumbangkan saham kepada pencegahan gejala sosial yang akan diusahakan kelak.
“Maka seminar ini di harapkan sebagai satu platform bagi melahirkan kajian-kajian ilmiah, agar masalah ini dapat di fahami punca dan realiti supaya penyelesaiannya dapat di lakukan dengan menyeluruh.
“Kami berdoa agar program ini diberkati dan dirahmati oleh Allah. Di samping itu, kami mengharapkan program ini mendapat sokongan semua pihak,”ujarnya.





























