KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Terengganu menganjurkan program Karnival Penghayatan Islam 2014 dengan kerjasama pihak Sabasun Hyper Runcit Sdn Bhd
Menurut Pengarahnya Ustaz Mohd Saufi Bin Hashim, Karnival tersebut akan berlangsung selama empat hari bermula 22 sehingga 25 Mei 2014 bertempat di Sabasun Hyper Runcit, Wakaf Tembesu, Kuala Nerus.
“Pelbagai pengisian dan acara menarik disediakan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya Bicara Ad-Deen, Konsert Hiburan Penghayatan Islam, Pertandingan Wau, Pertunjukan Ular Berbisa dan banyak lagi acara yang menarik.
“Karnival ini adalah bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang tanggungjawab serta cara hidup Islam yang sebenarnya,”ujarnya
Selain itu, kata beliau, ianya memberi peluang kepada usahawan-usahawan muslim untuk memasarkan produk mereka sekaligus meningkatkan sumber kewangan.
Oleh itu, beliau menjemput orang ramai hadir memeriahkan Karnival tersebut.
“Pihak kami juga menyeru dan menjemput orang ramai untuk hadir dan menjayakan Karnival Penghayatan Islam 2014.
“Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Karnival pada kali ini,”katanya










