Terengganu, Malaysia

Anak Orang Umno Jadi Calon DAP……. Mengapa PAS Disalahkan?

Dr Azman Ibrahim

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) Dr Azman Ibrahim menyelar bekas Presiden Umno kerana kenyataannya terhadap calon DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan yang sedang berlangsung sekarang

Beliau mempersoalkan Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia yang mempersalahkan PAS sedangkan yang bertading mewakili DAP dalam PRK tersebut adalah anak kepada ahli Umno.

“Guane ni Che Det? Topiknya anak orang Umno jadi calon DAP, (mengapa) PAS jugok yang disalahkan,”ujarnya.

Beliau juga menyanggah kenyataan Mahathir yang menuduh ahli-ahli PAS mengajar anak-anak mereka membenci Umno sehingga memijak gambar pemimpin Umno.

“Saya adalah cucu ahli PAS, anak ahli PAS yang tak pernah diajar pun supaya bencikan sesiapa. Apatah lagi nak pijak gambar Che Det yang hensem tu.

“Sekarang saya adalah ahli PAS yang mempunyai anak. Saya pun tak ajar anak saya bencikan sesiapa dan pijak gambar sesiapa,”ujar Dr Azman.

yammySementara itu, ibu kepada calon DAP, Yammy Samad turut mempertikaikan kenyataan Mahathir, kononnya beliau telah gagal mendidik anaknya sehingga mengkhianati perjuangan UMNO dan menyertai DAP.

Menurut Yammy, beliau telah mendidik sehingga dewasa dan terpulanglah kepada anaknya untuk memilih, mana yang baik dan yang buruk.

“Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” kata Yammy.

Dr. Mahathir pada Isnin melahirkan rasa kesal apabila calon yang diletakkan oleh DAP untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan itu merupakan anak kepada keluarga yang menyokong perjuangan UMNO sejak sekian lama.

“Kalau datang daripada keluarga pembangkang tak jadi apa pasal sejak kecil diajar benci UMNO.

“Kalau anak orang Umno depa tak cakap kat anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah nak buat apa sahaja,” kata Mahathir.

Jelas Yammy, beliau memberikan kebebasan kepada anaknya untuk menentukan masa depan sendiri termasuk memilih pasangan hidupnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan