KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ADUN Kijal Dato’ Seri Ahmad Said berbohong apabila beliau mengatakan bahawa PAS menawarkan jawatan Menteri Besar kepada beliau semasa beliau mengisytiharkan dirinya keluar Umno.
“Kita tak pernah menawarkan (apa-apa kepada) dia, sepatut yang menawarkan saya. Saya Pesuruhjaya PAS Terengganu, sayalah yang sepatutnya menawarkan,
“(sedangka) saya tak pernah bercakap dengan dia. Pimpinan tidak ada (berjumpa dengan dia), ahli yang gi jumpa di mana-mana, saya tak tahu.
“(sepatutnya) pemimpin yang akan bawa mandat, (kerana ini) bukan perkara kecil. Hatta, menawarkan kepada (dia untuk mejadi) ahli pun tak ada,”tegasnya.
Katanya, PAS adalah satu parti yang terbuka dan boleh menerima mana-mana individu yang memohon mejadi ahli.
Dalam sidang media di pejabat perhubugan PAS Terengganu semalam, Ustaz satiful berkat, sekiranya mereka yang memohon sebagi ahli cukup syarat, permohonannya akan diluluskan.
Namun begitu, dalam isu bekas Menteri Besar Terengganu yang meletakkan jawatan, dan mengisytiharkan ebagai ADUN bebas, Ahmad Said adalah kata Satiful adalah satu ‘liabiliti’.
“(dia) pemimpin yang banyak masalah. Isu (berkaitan dirinya) banyak. Ini yang berlaku di Terengganu, kita tak bawa ke (peringkat PAS) pusat lagi.
“Ini isu dalaman. Bahawa (sesungguhnya tawaran)itu bukan daripada PAS. Kita tak pernah ‘offer’ (tawar beliau) jadi ahli PAS. Dia ahli bebas,”ujarya.










