Sekretariat Kembalikan Royalti Minyak dan Gas ke Negeri Terengganu ( R Terengganu ) mengucapkan tahniah dan menyokong penuh keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mencadangkan usul memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti daripada 05 peratus sekarang kepada 20 peratus.
Menurut Timbalan Pengerusi III Sekretariat ‘R’ Terengganu YBM Datuk Raja Kamarulbahrin Shah, sokonga ‘R’ Terengganu tidak berbelah bahagi, walaupun Sarawk diperintah oleh Barisan Nasional (BN).
“Kami ingin menegaskan sokongan yang tidak berbelah bagi di atas kecermelangan di sidang DUN Sarawak yang mencadangkan royalti sebanyak 20% diberi kepada Sarawak. ‘R’ Terengganu merasakan itu adalah satu benda yang sangat baik demi pembangunan yang lebih pesat
“dan ‘R’ Terengganu juga mengucapkan tahniah diatas kematangan ahli politik di Sarawak, tidak kira daripada pakatan rakyat atau pun yang memerintah, BN,”ujarnya.
Beliau berkata, usaha DUN Sarawak [Gambar bawah] patut dicontohi oleh DUN Terengganu dan beliau akan meminta ahli yang berhormat membawa isu mengembalikan royalti dan mencadangkan royalti tersebut ditingkatka kepada 20 peratus, ke dalam sidang DUN yang akan datang.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menambah, sekiranya royalti dan ditambah lagi sehingga 20 peratus, kerajaan negeri akan mendapat hampir RM6 bilion setahun.
“sekiranya royalti dikembalikan, kalau 20% dalam kiraan yang saya buat dahulu, Terengganu akan dapat hampir 6 billion setahun, kos pentadbiran hanya 2 billion.
“Saya rasakan, sekiranya ahli politik Terengganu khususnya bersifat matang, dengan anugerah yang Allah bagi kepada Terengganu, minyak. Dan sekiranya kita dapat 20% , tak perlu dinaikan cukai pintu. Ia sudah cukup untuk tempoh 5-10 tahun yang akan datang,”jelasnya
Turut hadir dalam sidang media yang diadakan itu adalah Pengerusi Sekretariah ‘R’ Terengganu Cikgu Fauzi Abu Samah










