Terengganu, Malaysia

PAS Desak MB Baharu Adakan Sidang DUN Khas

satiful 13 mei

KUALA TERENGGANU – PAS mendesak Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas bagi membuktikan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan penuh sebagai kerajaan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa dua daripada tiga ADUN yang mengumumkan keluar UMNO kembali menyertai parti, sekali gus kembali memberi kelebihan kerusi kepada BN 16:15.

Menurutnya, MB mesti membuktikan ia mendapat sokongan termasuk daripada ADUN yang sebelum ini mengumumkan keluar UMNO.

Tiga ADUN yang sebelum ini mengumumkan keluar parti susulan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar ialah ADUN Kijal itu sendiri, serta dua lagi iaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Bagaimanapun, Ghazali dan Roslee dilaporkan menarik balik surat keluar parti dan kembali bersama UMNO.

Ahmad Razif pada sidang media pagi tadi sejurus memulakan tugas secara rasmi sebagai menteri besar berkata, kerajaan BN masih memerintah Terengganu dan pembubaran DUN tidak akan berlaku.

Malah beliau turut memaklumkan Yang Dipertua DUN, Mohd Zubir Embong juga tidak menerima sebarang surat mengenai tiga ADUN BN yang keluar UMNO.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan