Exco Pelajaran, pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abd Rahman menafikan berita sebuah akhbar harian bahasa Inggeris yang mendakwa pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi tempatan menjual ‘alatan seks’ dan terlibat dalam pelacuran.
Razif berkata, mustahil pelajar terbabit terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu kerana menurutnya penguatlkuasaan begitu ketat oleh pejabat agama negeri.
”Ada kes dimana pelajar ditangkap berkhalwat, tetapi terlalu sedikit, tidak mencerminkan ada sindiket yang menawarkan khidmat seks sebagaimana didakwa,”katanya.
Namun sebaliknya, Timbalan Razif, membuat kenyataan yang bertentangan dengannya.
Razif seolah-olah tidak tahu menahu tentang kegiatan tidak bermoral yang sedang berlaku, namun ADUN Kuala Berang, Zawawi Ismail mengakui beliau pernah diberitahu tentang kegiatan ‘tidak bermoral’ dikalangan pelajar.
Zawawi menggesa pihak IPT terbabit membuat penyiasatan dan mengambil tindakan ke atas pelajar yang menjalankan kegiatan tersebut.



























