PAS Bimbang Pulau Eksklusif Menjadi Pusat Kegiatan Tidak Bermoral

790


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata kerajaan mesti berhati-hati dalam membuat keputusan tersebut kerana bimbang cadangan itu akan menyebabkan rakyat ‘marhaen’ terpinggir.

“Cadangan tersebut tidak mengutamakan rakyat sedangkan kerajaan kata “merakyatkan pembangunan”

“pembinaan pusat pelancongan eksklusif hanya dilaksanakan oleh taukeh-taukeh besar, yang datang hanya orang-orang kaya,”katanya mengulas kenyataan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, kelmarin 8 April.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata perlaksanaan cadangan tersebut nanti akan menjadi Pulau Redang kawasan yang terpisah, memberikan ruang kepada aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

“Kita bimbang ia akan mengundang aktiviti-aktiviti tidak bermoral, misalnya perjudian dan maksiat,

“contohnya Pulau Monaco, pusat pelancongan eksklusif yang menjadi pusat perjudian dunia, kerana ia dikhususkan untuk golongan tertentu sahaja,”jelasnya.

Selain itu, beliau mempersoalkan, apa yang kerajaan negeri perolehi dengan menjadikan Pulau redang sebagai pulau eksklusif ?

Bercakap tentang sidang DUN yang berakhir semalam, beliau kesal kerana pihak kerajaan tidak menjelaskan satu perkara yang amat penting kepada rakyat Terengganu.

Beliau berkata, kerajaan menolak usul membahaskan isu royalti minyak dengan memberikan alasan perkara tersebut masih dalam perundingan.

Namun, katanya, kerajaan tidak memberikan jawapan dan memberitahu rakyat kedudukan semasa perbincangan pembayaran semula royalti.

“Saya minta kerajaan menjelaskan, apa hasil terakhir perundingan dan sampai bila perundingan ini akan diadakan,

“tapi sampai tamat sidang Menteri Besar gagal menjelaskannya,”katanya ketika dihubungi.