Menjana Ekonomi Dengan Judi Sukan?

1064

DPPP merasakan adalah lebih memalukan apabila perkara ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Rasah yang beragama Kristian, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi parlimen. Sebagai seorang yang mengaku seorang yang beragama Islam, Perdana Menteri sepatutnya lebih prihatin terhadap perkara ini.

DPPP juga mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak agar jangan berdiam diri sebaliknya perlu segera menjelaskan pendirian beliau terhadap isu ini yang mana jelas bercanggah dengan syariat Islam memandangkan ini boleh menjejaskan imej Malaysia yang sebelum ini terkenal dengan slogan ‘Islam Hadhari’ serta meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

DPPP juga mencabar Pemuda UMNO dan NGO-NGO agar menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan ini. Jangan hanya berani bertindak jika ianya melibatkan Pakatan Rakyat tetapi ‘menikus’ apabila melibatkan UMNO dan Barisan Nasional.

Sekiranya Judi Sukan ini diteruskan, akan menyebabkan mutu sukan di negara kita merosot disebabkan perbuatan mengatur perlawanan dikalangan ‘taukeh-taukeh’ judi seperti mana yang berlaku di dalam Liga Bolasepak Malaysia di era ’90 dahulu. Ini juga menjadi punca terjejasnya kepercayaan dikalangan peminat sukan. Bayaran yang dibuat kepada individu tertentu juga akan menyebabkan hubungan diantara rakan sepasukan terjejas. Selain itu berjudi juga dilarang di dalam mana-mana agama.

Jesteru itu, DPPP secara lantang mendesak agar kenyataan itu ditarik balik kerana ini jelas boleh merosakkan masyarakat Malaysia umumnya dan akhlak umat Islam khasnya.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT