Orang Nak Buat Kebajikan, Sebab Apa Nak Marah?

1109

KUALA NERUS – Siri Program Cakna Masyarakat anjuran Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu diteruskan lagi dengan DUN Seberang Takir menjadi destinasi seterusnya semalam, Sabtu 3 Mei 2014.

IMG-20140504-WA0042Dalam rangka matlamat melebarkan khidmat kebajikan untuk semua, tanpa sempadan politik dan latar belakang, program semalam meriah diisi dengan khidmat membaiki rumah seorang penduduk yang dhaif serta kurang berkemampuan, ceramah kesihatan dan kekeluargaan yang disampaikan oleh Pakar Kesihatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah serta yang paling mendapat sambutan adalah rawatan kesihatan dan rawatan Darul Syifa.

Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim ketika mengulas tentang program ini menyatakan, “Program Cakna Masyarakat Dun Seberang Takir ini adalah siri yang ketiga setelah sebelum ini program yang sama sebelum ini telah diadakan di DUN Air Puteh Kemaman dan Dun Jabi, Setiu.

Lokasi seterusnya adalah DUN Pengkalan Berangan, Marang pada 24 Mei nanti. Melihat kepada sambutan yang amat menggalakkan, tambah meyakinkan kita bagaimana platform kebajikan adalah antara wasilah terbaik untuk kita terus menyumbang bakti kepada masyarakat.

IMG-20140504-WA0046Walaupun ada maklumat dari masyarakat setempat yang disampaikan kepada saya, YB Seberang Takir yang juga EXCO Kerajaan Terengganu marah bila pemuda PAS buat Gotong Royong basmi denggi di Seberang Takir baru-baru ini, kita anggap ini adalah tindak balas yang belum matang berpolitik. Orang nak buat kebajikan kepada masyarakat, kenapa kita nak marah?”

Pengerusi MTD Seberang Takir yang turut serta dalam program ini menyifatkan, sambutan dari masyarakat amat menggalakkan. Lokasi program pula berdekatan dengan Pejabat ADUN Seberang Takir yang dikira sebagai lokasi kubu kuat BN. Jangkaan awal bahawa orang ramai akan takut untuk hadir ternyata meleset, Kata Saudara Zakaria Dagang yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Terengganu.

Turut memenuhi tentatif adalah program ziarah beberapa rumah ahli yang dalam keuzuran yang turut disertai sama Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Negeri, Pengarah MTD Sebarang Takir serta rombongan muslimat DUN.