KUALA TERENGGANU – Kenaikan kos hidup yang melampau, yang berlaku di negara ini sekarang, bukan suatu takdir Allah SWT.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya II Pas Terengganu Haji Yahaya Ali, kerajaan yang dipimpin oleh Umo dan Barisan Nasional (BN) gagal melindungi rakyat negara ini.
“kerajaan sepatutnya menjadi pengawal kepada segala perkara yang berlaku untuk melindungi kepentingan rakyat. Tetapi dengan (kenaikan) harganya, isu kos hidup yang melampau, harga barang yang semakin naik,


Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan diklahayak himpunan aman hadapa masjid Rusila pada Jumaat 25 April.
Sekurang-kurangnya dilaporkan, tiga himpunan ‘pemanas badan’ telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS di seluruh negeri Terengganu dalam usaha menyedarkan rakyat tentang bantahan besar-besaran terhadap GST dan kenaikan kos hidup yang akan diadakan di dataran Merdeka pada 1 Mei ini.
Haji Yahaya Ali yang juga Pengerusi Lujnah Mobilasasi PAS Terengganu menambah, rakyat tidak patut ‘menderita’ sedang hasil negara Malaysia ‘melimpah ruah’.
“Lebih-lebih lagi di dalam konteks Negara kita ini yang kaya, kita adalah pengekport minyak, kita mempunyai hasil yang melimpah ruah, tetapi rakyat sedang menderita…….patutkah dengan apa yang berlaku sekarang?
“Kenaikan harga barang tidak boleh dilihat sebagaimana ucapan-ucapan yang kurang ajar, daripada pemimpin kerajaan, ‘Ini adalah Takdir daripada Allah S.W.T’,”katanya lagi.
Sementara itu di perkarangan Masjid Taqwa Batu Enam, Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Satiful Bahri Mamat menyelar pemimpin Umno dan keluarga, yang hidup bermewah-mewah, sedang rakyat dipaksa memikul beban.


“Kalau dulu kita kena cukai pendapatan (dan hanya) orang kaya saja kena cukai (SST)……. hari ini (dengan) GST setiap barang yang kita beli ada cukai. Bukan tiga peratus, bukan empat peratus, enam peratus,”ujarnya.
Menurutnya, orang miskin seperti petani, nelayan tidak dikenakan cukai sebelum ini tetapi kini terpaksa menghadapi GST.
Oleh sebab itu, kata beliau, rakyat perlu menyuarakan bantahan dan menyampaikan mesej ini bantahan yang akan diadakan kepada semua pihak.
“Sampaikan kepada jiran-jiran kita……..1 Mei ini insyaAllah, kita berhimpun….. seluruh rakyat Malaysia ini (akan) ke Dataran Merdeka untuk menyuarakan bantahan kita,
“Insya Allah kita masih lagi bermaruah, kita bukan golongan yang penakut, Insya Allah kita masih (mampu) lagi menyuarakan hak kita (dan) kita akan tolak GST ini,”tegasnya.


























