Perangi ‘Pelanunan’ dan Pencerobohan Nelayan Asing

1785

MARANG – Kerajaan digesa memantau dan mengambil tindakan berkesan keatas tindakan pencerobohan dan ‘pelanunan’ nelayan asing yang bukan sahaja menyebabkan pendapatan nelayan berkurangan, malah mengancam keselamatan nyawa dan kehidupan nelayan tempatan.

Nelayan asing terutamanya warga Vietnam telah menggunakan pukat tunda yang memusnahkan unjang-unjang, bubu nelayan pesisir pantai, khususnya kepada nelayan-nelayan bot kecil berlesen B dan C.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Marang YB Ariffin Deraman mendakwa, kegiatan nelayan asing yang ‘berselindung’ dibelakang pemilik bot-bot laut dalam tempatan.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/ariffinapril2011.jpg“Kegiatan nelayan asing yang ‘berselindung’ dibelakang pemilik bot-bot laut dalam tempatan telah menyebabkan hasil perikanan negeri Terengganu berkurangan dan merosot,

“kerana hanya ikan-ikan ‘baja’ yang dibawa pulang sebagai hasil tangkapan, sebaliknya ikan-ikan yang berkualiti tidak didaratkan di jeti-jeti dalam negeri Terengganu,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata, isu kegiatan pencerobohan nelayan asing ini juga memalukan kerajaan dan rakyat Terengganu bahkan menjadi ancaman kepada keselamatan negara kerana nelayan-nelayan yang terlibat juga terbabit dengan kegiatan ‘subversif’ dan melanggar undang-undang Negara.

“Siasatan yang dibuat mendapati, nelayan asing terbabit memiliki senjata api, selain tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan menjalankan aktiviti ‘pelacuran’.

“menjadi ancaman kepada keselamatan negara kerana nelayan-nelayan yang terlibat juga terbabit dengan kegiatan ‘subversif’,”tegasnya.

Oleh itu, beliau meggesa pihak keselamatan negara, penguatkuasa maritim dan agensi terbabit ‘memerangi’ habis-habisan kegiatan tersebut yang difahamkan telah berlangsung sekian lama.

Katanya, hukuman yang lebih keras mesti dikenakan kepada nelayan tempatan yang terlibat melindungi nelayan asing kerana ia merupakan satu pengkhianatan kepada negara.