Ahli Parlimen Penyokong Kerajaan Gesa Esscom Dibubarkan

1208

Dewan Rakyat semalam menyaksikan para ahli parlimen penyokong kerajaan lantang menggesa supaya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Tiumur Sabah (The Eastern Sabah Security Command -Esscom) dibubarkan.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN- Kalabakan ) mencadangkan Esscom diganti dengan Kemenerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan mengawasi kawalan keselamatan di kawasan terbabit.

” Seperti yang dicadangkan oleh ahli parlimen Kota Kinabalu (MP Jimmy Wong) , Esscom tidak mempunyai apa-apa kuasa sekalipun.

ghafur sallehIa tidak boleh memberi apa-apa arahan kepada Ketua Polis Negara (KPN ) atau Tentera Darat, “katanya.

Beliau membahaskan satu usul tergempar yang dibawa oleh Stephen Wong ( DAP- Sandakan ) ekoran kegagalan Esscom mengawal keselamatan selepas kejadian penculikan terbaru dua warga asing dari sebuah resort di Semporna Rabu lepas.

Abdul Ghapur adalah salah seorang daripada tiga Ahli Parlimen dari BN yang bangun untuk membahaskan usul itu, selain tiga Ahli Parlimen dari pembangkang juga dibenarkan untuk berdebat.

“Apabila Esscom telah ditubuhkan , ia telah memberikan kelegaan kepada kami……. Ini di kalilah (Ini adalah ia ), keselamatan kami akan dijaga……… tetapi kejadian seperti yang berlaku tidak baru.

“Ia telah berlaku sejak 1979. Saya tidak dapat menyenaraikan ia di sini kerana ia terlalu panjang senarai, “katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana satu inisiatif terhadap satu isu penting dalam keadaan sempadan Timur Sabah yang mudah dicerobohi hanya diberi kawal selia oleh ‘ orang awam’, merujuk kepada Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek .

“Bagaimana seorang awam boleh memberi arahan kepada pihak polis atau tentera ?” soal beliau.