PAS mengemukakan pandangan terhadap tragedi kehilangan pesawat MH370 bukanlah bermakna parti itu berniat untuk memperlekehka kejadian tersebut.
Namun menurut Naib Presidennya, Salehuddin Ayob, PAS mempersoalkan integriti maklumat itu, terutamanya dititk mana kapalterbang tersebut berakhir.
“jauhnya kapal terbang itu pergi…………..kalau ikut logik, dia (kena) boleh berhenti isi minyak sekali lagi, untuk mempercukupkan (perjalanannya) ke titik (selatan) Lautan Hindi (itu), kenapa (pesawat terhenti di) tempat itu? tempat itu, kapal dagang pun tak lalu.
“baru petang tadi (saya) dapat maklumat, New Zealand, negara paling akhir di Hemisfera Selatan, tak ada kapal datang tempat dia, kerana laluan itu tak boleh pergi………….dan disitulah dikatakan tempat berakhirnya (penerbangan) MH370,”jelasnya.
Menurutnya, walaupun dengan kapal dagang yang sebesar mana pun, tidak ada yang lalu dititik terakhir yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, tempat berakhirnya MH370.
Beliau mengemukakan pandangannya itu ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai disebuah Resort di Cherating pada Jumaat 4 April.
Salahuddin yang juga mantan ahli aprlimen Kubang Kerian berkata, soal data yang dikemukakan satelit juga bercaggah antara satu sama lain.
“Kemudian, satelit pula, yang negara-negara lain kata (maklumkan), saling bercanggah antara satu sama lain. Yang jumpa ini (akhirnya hanyalah) sampah……..Sampai bila akan berahir?
“Banyak teori-teori( yang dikemukakan dan) banyak andaian (yang kita dengar)……….sampai kita merasakan bahawa perkara ini (adalah) perkara yang sangat besar kesannya kepada keselamtan Negara,”tegasnya.
Menurutnya, ada pihak yang menganggap bahawa ia adalah satu konspirasi kerana kejadian seumpama itu sudah cap kali berlaku dalam negara ini.
Antaranya kata beliau adalah, kes di Sauk yang melibatkan rompakan bersenjata oleh seorang lelaki bernama Amir.
“boleh rompak kem senjata tentera (hanya) dengan bawa dua, tiga biji (buah Mitsubisihi) Pajero (akhirnya) Amir (dilaporkan) mati, kerana apa? kita tak tahu………(tapi) yang kita tahu, Amir digantung sampai mati.
“Kes (pencerobohan tentera) Sulu, apa motif? Satu pun tak dibentang dalam parlimen. Mereka ada senjata berat. Boleh masuk macam itu sahaja. Polis yang mati, itu semua misteri.
“(dan)pembunuhan Ketua Polis Negara, sampai hari ini (kita) tak tahu, siapa yang tembak. Pegawai yang ditembak, pun tak tahu siapa tembak,”soal beliau.
Oleh itu, isu-isu yang sensitif seperti itu, termasuk kes pembunuhan Altantuya masih menjadi misteri, dan beliau tidak percaya kepada apa yang telah dimaklumkan.
Justeru, beliau bimbang, dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Najib tentang MH370, apakah akan jadi nanti, sekiranya kapalterbang itu tiba-tiba dijumpai dengan selamat.
“Walaupun Najib cakap, (ia) berakhir di Lautan Hindi, TV dah keluar (baca) al-Fatihah, keesokannya, Amerika cabar balik Malaysia……….. sampai sekarang, dalam Islam kita tak boleh (tunaikan) solat jenazah ghaib, kerana ada hal-hal yang dikemukan bukan sebagai bukti.
“Ini semua, kita kena tunggu dengan sabar. Kita tak boleh buat sebarang andaian daripada apa yang kita dengar. Tetapi, setakat ini, hanya (tinggal) lapan hari lagi. Kita tak ada (dengar) apa-apa lagi berita (tentang) satu cebisan pun yang digambarkan oleh setelit itu (yang) kita jumpa.
“Apa yang berlaku ini, kita hanya boleh harapkan mereka (para peumpang dan anak kapal) ini…….. mudah-mudahan mereka selamat dan selamat sampai (pulag). Kalau mereka hidup, kita tengok apa yang berlaku dengan Najib,”ujarnya lagi.










