Al-Fatihah – Ustaz Awang Nasruddin @ Awang Jidin Meninggal Dunia

3956

Ustaz Awang Nasruddin bin Abu Bakar atau di kenali sebagai Ustaz Awang Jidin, bekas Ketua Dewan Ulama PAS Tetengganu yang juga mantan Exco kerajaan negeri Terengganu serta mantan Timbalan Mufti telah kembali ke rahmatuLlah di Kampung Tok Beng, Seberang Takir pada jam 9.00 malam ini.

Allahyarham pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus selama 30 tahun dan kerana pidatonya yang panas digelar sebagai Ustaz Awang ‘Tuku Besi’

Beliau adalah veteran PAS Terengganu yang menerima anugerah Tokoh Ulama’ PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di Stadium Melawati, Selangor pada Jun 2009 lalu.

Ustaz Awang pernah menjadi wakil rakyat PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jeram pada tahun 1974 ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN) yang memperuntukkan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun kepada PAS Terengganu.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada tahun 1974 bersama dengan Ustaz Harun Jusoh yang mewakili parti PAS Terengganu Jasanya kepada masyarakat di negeri ini amat besar dan pernah menjadi tenaga pengajar di Masjid-masjid dan surau, pengasas Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa Batu Enam, pengasas Masjid At-Taqwa Batu Enam serta dikenali sebagai pemidato PAS yang lantang.

tmp_IMG-20140403-WA0037-308559517Kehebatan ilmunya dalam bidang agama membolehkan beliau dilantik mengetuai Dewan Ulama’ PAS Negeri Terengganu yang kelima selepas Haji Abas Awang, Haji Ismail Sulong, Haji Ghazali Ahmad dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ustaz Awang juga pernah memegang jawatan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus sebelum diterajui oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah hingga sekarang (2009). Kelantangan beliau berpidato di pentas PAS serta ketika mengajar agama sehingga digelar sebagai Ustaz Awang ‘Tukul Besi’ yang terkenal suatu ketika dahulu.

Sebelum ini, beliau pernah menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Tokoh PAS Terengganu 2001 dan 2006 pada sambutan Jubli Emas PAS

Solat jenazah Allahyarham akan diadakan pada Jam 11.00 pagi Jumaat 4hb April 2014. Di masjid taqwa batu enam. Terengganu.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu serta seluruh ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada kelyarga beliau, semoga Allahyarham di letakkan dikalangan para mujahidindan para solihin

BIODATA

Nama
Ustaz Haji Awang Nasiruddin bin Abu Bakar

Panggilan
Ustaz Awang Jidin

Tarikh lahir
Tahun 1943

Tempat lahir
Kg. Seberang Takir, Kuala Nerus, Kuala Terengganu

Umur Ketika Meninggal
71 tahun K/P (431106-11-5207)

Kelulusan
Universiti Deoband ( India ),
Universiti al Azhar, Mesir

Isteri
Hajjah Rokiah Haji Abas ,
Hajjah Shamsiah Zakaria

Bilangan anak
18 orang ( Isteri Pertama 8 orang, Isteri Kedua 10 orang)
(11 orang lelaki dan 7 Orang Perempuan)

Ahli PAS
5 Julai 1968 No ahli (77684)

Jawatan Dalam Parti
1. Ajk Dewan Ulama’ Pas Pusat 1995 – 1999
2. Tim. Pesuruhjaya Pas Terengganu 1981 – 1982
3. Ketua Dewan Ulama’ Pas Terengganu 1987 – 2001
4. Ajk Badan Perhubungan Pas Negeri 1968 – 2001
5. Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus 1968 – 2001

Bertanding Dalam Pilihanraya
Calon PAS 1971,1974,1978, 1982, 1986 Dan 1990

Jawatan Dalam Kerajaan
1. Ahli mesyuarat kerajaan negeri terengganu ( exco ) 1974 – 1978
2. Adun kawasan jeram
3. Ahli maidam

Jasa / Khidmat Masyarakat
1. Tenaga Pengajar Masjid/Surau
2. Pengasas Sekolah Rendah Darul Taqwa Batu 6
3. Pengasas Masjid Taqwa Batu 6
4. Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Rendah Islam ( Dar-Dar)
5. Pemidato Yang Lantang Dengan Gelaran “ Tukul Besi”

Anugerah Yang Diperolehi

1. Pingat Jasa Kebaktian (Pjk)
2. Tokoh Pas Terengganu 2001
( Sempena Jubli Emas Pas Terengganu )
3. Tokoh Pas Terengganu 2006
( Sempena Jubli Emas Pas Terengganu )