Terengganu, Malaysia

PAS Kesal Kedutaan Mesir Enggan Terima Memorandum

khalil demo mesir1

PAS kesal apabila pihak Kedutaan Besar Mesir enggan menerima memorandum bantahan yang diserahkan, selepas perhimpunan aman yang diadakan di hadapan kedutaan tersebut, semalam.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, tindakan pihak kedutaan itu amat dikesali kerana ia seolah-olah menafikan suara rakyat Malaysia yang membantah tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

“Kami sudah berurusan dengan pihak kedutaan, namun mereka tidak mahu menerimanya secara berdepan dan hanya minta memorandum tersebut diletakkan di dalam peti surat,” katanya kepada pemberita semasa Himpunan Bantahan Hukuman Mati 529 Anggota Ikhwanul Muslimin yang turut disertai hampir 1,000 orang.

khalil demo mesirMenurutnya, Memorandum tersebut adalah bantahan berhubung tindakan mahkamah negara itu, menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi.

Himpunan bermula kira-kira jam 2.30 petang itu, berakhir secara aman pada kira-kira jam 4 petang.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

Salahuddin ketika mengulas isu yang sama berkata, pihaknya akan cuba menyampaikan mesej tersebut yang dilabelkan sebagai tindakan kejam menerusi saluran lain antaranya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan