Terengganu, Malaysia

Demonstrasi Aman Bantah ‘Hukuman Bunuh 529’ Pemerintah Kudeta Mesir

tmp_IMG_20140327_1517162084737628

Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan demonstrasi aman bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap 529 anggota Ikhwanu1 Muslimin di atas tuduhan palsu yang direka-reka.

Himpunan yang dianjurkan bersama NGO Islam, Pakatan Rakyat dan rakyat pelbagai agama yang prihatin akan diadakan pada hari ini Jumaat 28 Mac selepas solat Iumaat di Masjid Tabung Haji Ialan Tun Razak.

suhaizanPerarakan setcrusnya akan bergerak ke kedutaan Mesir bagi menyatakan bantahan awam tersebut.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyeru kepada scluruh rakyatMalaysia khususnya pencinta kedamaian dan demokrasi untuk turun beramai-ramai bagi menunjukkan solidariti terhadap mereka yang dizalimi di Mesir.

Kata beliau, pembunuhan anggota Ikhwan ini termasuk pimpinan utamanya Dr Muhammad Badie’ dan Dr Saad Kattani bukan semata-mata isu Mesir
dan Ikhwan, tetapi ia satu penghapusan terhadap semangat demokrasi yang dilaung-laungkan oleh Barat.

“Iika dahulu mereka mempelopori jalan demokrasi dan menempelak sebilangan kumpulan Islam yang menolak dcmokrasi, tetapi hari ini apabila demokrasi itu mcmberi kemenangan kepada kumpulan Islam, maka ia dinafikan.

Barat diam seribu bahasa tanpa mcmpedulikan nasib rakyat Mesir” katanya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan