‘Together We Excellence’ Bimbing Pelajar Lepasan SPM

930

Oleh Raimi AR

KUALA NERUS – Pusat Khidmat Ahli PArlimen Kuala Nerus telah menganjurkan satu seminar motivasi bagi pelajar lepasan SPM, Together We Excellence : Hala Tuju Selepas SPM.

Program yang diilhamkan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Ustaz Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada keseluruhan kawasan parlimen.

Program tersebut diadakan di Pusat Tarbiah Kuala Nerus pada sebelah petang dan disampaikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Perhutanan UPM, Prof. Madya Dr Mohd Zaki Hamzah yang juga sahabat baik kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Antara perkongsia yang diberikan adalah bagaimana mahu memilih Universiti yang sepadan dengan keputusan SPM pelajar-pelajar, panduan mengisi permohonan online dan juga soal jawab mengenai kehidupan di universiti.

Menurut Ahli Parlimen, beliau mendapati anak-anak kampong selalunya tercicir daripada mengikuti pelajaran di universiti oleh sebab mereka tidak didedahkan dengan saluran dan panduan yang jelas yang mengakibatkan mereka terlepas peluang yang berharga bagi memasuki ke universiti.

Oleh yang demikian, program ini dibuat bagi membantu ibu bapa mendapat penjelasan dan membantu mereka dalam memastikan anak-anak mereka terjamin dan Berjaya hingga ke menara gading.

Beliau juga pada sebelah pagi merasmikan aktiviti bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus dalam Program, Wanita dan Kewangan Islam.