KUALA NERUS – PAS mengingatkan orang Islam agar terus berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan bukan sahaja kerana peristiwa kehilangan pesawat MH370 bahkan kepada tragedi yang lebih parah, yang menimpa umat Islam seluruh dunia.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, ratusan ribu umat Islam dibunuh di Syria, Mesir dan Palestin, yang beliau sifatkan, lebih parah daripada kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.
“umat Islam hendaklah ingat, supaya tidak terleka, terus berdoa untuk keselamatan dan kesejanteraan seluruh umat Islam, bukan sahaja kerana kehilangan pesawat MAS MH370.
“tetapi ratusan ribu lagi yang dibunuh, di Syria, Mesir dan Palestin, yng lebih besar (kejadiannya) dari kehilangan kapalterbang itu,”tegasnya.
Beliau berkata demikian, ketika menyampaikan khutbah Jumaat, di masjid Tahfidz Darul Iman dekat sini, semalam Jumaat 21 Mac.
Menyentuh tentang penganjuran konsert yang membawa kepada ‘mautnya’ enam orang terbabit, beliau berkata, kerajaan tidak boleh berlepas tangan dan menyalahkan remaja tersebut.
Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu berkata, permit yang diberikan oleh pihak kerajaan seharusnya meneliti dan meletakkan syarat yang ketat agar, bukan sahaja kerajaan mengambil keuntungan, bahkan mengawal daripada mana-mana pihak yang terus menyerang Malaysia dengan konsert muzik ‘liar’.




























