Pihak Yang Sengaja Melencongkan Pesawat MH370 Tahu Tentang Sistem Radar

2174

Sesiapa sahaja yang membuat keputusan melencongkan haluan pesawat MH370 dan sengaja membuat ‘pusingan balik’ pada titik itu, mengetahui tentang keupayaan radar.

Penganalisis Penerbangan Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata, apabila beliau meneliti perjalanan penerbangan pesawat tersebut, beliau mendapati komunikasi yang terputus berlaku dihujung kawasan pengesanan radar pihak berkuasa Malaysia dan diawal kawasan pengawasan radar pihak berkuasa Vietnam.

“suasana semacam ‘grey area’, dalam keadaan sudah dipenghujung kawalan radar kita (Malaysia) dan nak memasuki radar sebelah sana (Vietnam) belum masuk lagi………dah hampir-hampir nak masuk,

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/dr%20samsuri.jpg“pada saya sesiapa yang membuat keputusan di saat ketika itu……..dia tahu………..dia seorang yang mengetahui tentang (teknologi radar),”jelasnya.

Mantan Ketua Jabatan Kajian Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata demikian dalam program temubual bersama TV Hijrah yang disiarkan secara langsung semalam, Sabtu 16 Mac.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak berhubung kehilangan MH370 pada petang Sabtu.

Dr Shamsuri yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS berkata, terlalu banyak andaian yang terpaksa dibuat terhadap kehilangan pesawat tersebut, kerana ‘elemen penting’ komunikasi yang ‘telah hilang’ diantara menara kawalan dengannya.

Beliau turut percaya, sesiapa yang merancang dan melaksanakan rancangan melencongkan pesawat juga seseorang yang arif tentang pesawat Boeing 777-200ER tersebut.

Katanya, suis alat ‘transponder’ dan sistem komunikasi ‘ACARS’  adalah terletak dalam ruang pengemudian (cockpit) pesawat tersebut dan hanya boleh dimatikan dari dalam ruang tersebut.

Beliau berkata, selepas alat komunikasi dimatikan, radar awam tidak dapat mengesan dan pesawat itu tidak dapat menhantar isyarat ‘tagging’ empat angka yang kemudiannya hanya dikesan oleh radar tentera yang hanya mengenalinya sebagai ‘unidentify flying object’ (UFO).