Adakah Calon BN Balingian Juga ‘Kereta Buruk’??

1180

Kenyataan media PAS negeri Sarawak bertajuk “KABINET SARAWAK KETANDUSAN PEMIMPIN MUDA” yang disiarkan didalam akhbar tempatan Sarawak edisi Inggeris mendapat kecaman hebat dari Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak Abdullah Saidol yang juga merangkap pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN Sarawak dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Timbalan Menteri Pembangunan Belia yang juga merangkap Ahli Majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Sarawak (PBB).

Memetik kenyataan dari Abdullah Saidol dari laporan Theborneopost.com pada 9 Mac, beliau berkata Kenyataan saya adalah mengarut (nonsense) dan saya tiada pengetahuan (ignorance) dalam struktur organisasi Barisan Nasional Sarawak.

Beliau juga berkata dalam pilihanraya umum negeri Sarawak yang lepas, PBB memperkenalkan 10 muka baru untuk diketengahkan malah katanya untuk mengilap pemimpin muda yang pengalaman untuk matang di dalam pentas politik memerlukan masa bukan dalam sekelip mata.

Kenyataan dari Timbalan Menteri Muda Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang dilaporkan juga oleh theborneopost.com pada 11 Mac berkata beliau meminta saya mengkaji sebelum membuat kenyataan. Selidik pimpinan BN di dalam Sarawak dan Pusat hatta wakil rakyat BN kebanyakan adalah pelapis kedua dan ketiga yang dibawa masuk didalam parti untuk berkhidmat, kebanyakan mereka adalah golongan profesional.

Andri Zulkarnaen HamdenSehubungan, PAS Sarawak menganggap kedua-dua pemimpin tertinggi PBB itu tidak faham maksud sebenar kenyataan media tersebut.

Ketua Penerangannya Andri Zulkarnaen Hamden berkata, PAS tetap pendirian sepertimana kenyataan yang telah dikeluarkan bahawa PBB dan BN Sarawak gagal melahirkan pemimpin ‘pelapis’.

“Saya juga bertegas bahawa saya tidak menyentuh mengenai wakil rakyat baru seperti alasan yang dilontarkan oleh Saidol bagi menjawap kenyataan saya dan saya hanya fokus pada senarai pembentukan kabinet baru yang dilantik sahaja.

“Kenyataan media saya ada menyebut bahawa rombakan kecil kabinet baru Sarawak masih mengekalkan muka lama dan ada diantara menteri memegang lebih daripada satu portfolio malah ada diantara mereka memegang 3 portfolio sekaligus,”ujarnya

Dalam kenyataan balas beliau semalam, Andri melontarkan pertanyaan kepada kedua-dua pemimpin BN itu, kenapa perlu seorang menteri memegang 3 potfolio?

Beliau juga bertanya, dimanakah sepuluh orang muka baru yang diketengahkan BN sebagaimana dinyatakan?

“Lagipun mereka yang dibawa masuk oleh BN seperti yang dikatakan oleh Datuk Abdul Rahman Hamzah adalah dari golongan profesional. Mustahil professional ini tidak punya kepakaran yang diperlukan?

“Adakah golongan profesional yang dibawa masuk ini tidak mempunyai kelayakan? Kalau hendak menjadikan pemimpin muda ini matang dalam arena politik berapa lama pula masa diperlukan?,”soalnya

Beliau menempelak Saidol yang memberikan alasan tidak ‘masuk akal’ berhubung dengan kematangan politik dan kepimpinan.

Katanya, selaku seorang ahli politik yang sudah bergelar wakil rakyat, sudah tentunya pemimpin wajib bersiap sedia dalam apa jua keadaan dan berdepan dengan karenah rakyat maupun menerima jawatan tinggi.

Beliau menegaskan, alasan yang diberikan Saidol hanyalah alasan retorik semata-mata bagi mengalihkan pandangan kepada persoalan pokok serta menutup kelemahan ketara parti PBB dan BN sendiri.

Justeru beliau menyarankan Saidol dan Abdul Rahman agar menyertai Pakata Rakyat, khususnya PAS.

“Saya menyarankan keduanya Abdullah Saidol dan Datuk Abdul Rahman Hamzah supaya melihat dan analisis kembali senarai kabinet Sarawak yang baru itu.

“Adakah anda nampak 3 potfolio yang disandang oleh seorang individul seperti yang saya katakan itu? Istilah dalam bahasa English ‘Don’t beat around the bush’. Inilah persoalan yang perlu dijawab, mudah untuk difahami bukan?

“Adakah profesional yang dibawa masuk itu tidak layak untuk mengisi satu dari jawatan tersebut? Malangnya bagi profesional muda dalam BN PBB, anda tidak diberi peluang secukupnya.

“Sekiranya anda berhajat untuk menyertai Pakatan Rakyat terutama PAS pintu kami sentiasa terbuka menerima anda,”jelas Andri.

Apa yang menarik menurut beliau, ahli-ahli politik sedang ‘melobi’ untuk meletakkan diri masing-masing agar dipilih sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil (PRK) DUN Balingian.

“siapakah bakal calon PRK PBB BN di Dun Balingian nanti…………dakah kereta yang sudah lama tersadai di bengkel akan dibawa kembali untuk dipandu semula?

“Kita tunggu dan lihat……….,”kata Andri lagi