Pak Cik Jamal Masih Bersemangat

2200

Pak Cik Jamal Mohamad atau yang dikenali juga sebagai Pak Cik Jamal ‘Kerdil’ beharap agar generasi baru PAS benar-benar berpegang teguh kepada perjuangan.

Pak Cik JamalBeliau berharap orang-orang muda bersama PAS memperjuangkan hak di negara ini dan para pemimpin membetulkan sikap mereka.

“pada saya………. saya cakap, kita kena teguh. Jatuh ke………… tergolek ke, kita kena teguh. Pegang je bara api. Tanah, tanah kita, Negara, Negara kita.

“Melayu orang kita, Raja…….. raja kita. Cuma kita perlu tahu, satu yang Pak Cik minta, sikap pemimpin…..,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diziarahi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Haji Hanafiah Mat di rumahnya di Kampung Selangor Dredging, Dengkil pada Jumaat 7 Mac.

Pak Cik Jamal yang sangat popular kepada majoriti kanak-kanak Malaysia pada tahun-tahun 1970an sehingga 90an kerana beliau adalah pengacara rancangan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ‘Taman Kanak-kanak’.

Menurut Haji Hanafiah, Pak Cik Jamal juga adalah merupakan ‘speaker’ kepada rancangan ‘Mini Parlimen’, sebuah rancangan televisyen bermaklumat bagi membina sikap politik kepada kanak-kanak.

Pak Cik Jamal yang kini sudah berusia 75 tahun, semakin uzur sejak usianya mencecah 61 tahun, apabila Disahkan mengidap penyakit ankylosing spondylitis yang menyebabkan tulangnya semakin membengkok.

Oleh kerana itu, beliau tidak lagi boleh bergerak bebas dan banyak menghabiskan masnya, berbaring diatas katil, dirumahnya.

Dr Maria Pak cik JamalPun begitu, beliau yang aktif di pentas-pentas ceramah PAS beberapa tahun dulu masih bersemangat dan mengakui bergembira kerana bersama PAS.

Beliau sukacita kerana sudah ramai pemimpin PAS yang datang menziarahinya. [Gambar kanan – YB Dr Siti Mariah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Malaysia menziarahi ak Cik Jamal tidak lama dulu]

“Allahuakbar!………..tak tahu nak ceritalah (betapa gembianya bersama PAS), ramai pemimpin yang dah datang (melawat saya), Presiden pun datang,”ujarnya.

Menyentuh tentang soal politik dan kepimpinan, beliau berharap pemimpin PAS tidak cenderung kepada mengutamakan politik peribadi dan memberikan ‘kredit’ kepada Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, yang disifatkannya sebagai pemimpin yang bagus.

Beliau juga masih percaya dan mendakwa, bahawa banyak masalah yang berlaku dalam Negara ini adalah kerana angkara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

http://youtu.be/mFWMBzB0kA8