PAS Ajak Seluruh Rakyat Berdoa Untuk Kesejahteraan Pesawat MH370

1615

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berdoalah agar Allah menyelamatkan penumpang pewawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) penerbangan MH370 Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang di Laut China Selatan.

Ketua Peneragannya, YB Dr Khairuddin Aman Razali berkata rakyat Malaysia telah mendapat pelbagai sumber berita berlegar di pelbagai media berhubung status keselamatan 227 penumpang MAS MH370 dengan Boeing 777-200 menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur yang terputus hubungan dengan menara kawalan 2.40 pagi tadi.

khairuddin aman razaliBeliau sebagai seorang yang menjadi pelanggan tetap pelbagai pesawat kapal terbang dengan kekerapan yang tinggi saban minggu, benar-benar menjiwai nasib dan keselamatan para penumpangnya.

Oleh itu, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa dan khusus kepada umat Islam supaya menunaikan solat hajat bagi memohon kesejahteraan dari Allah.

“Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa kepada Allah memberi keselamatan terbaik untuk mereka, Dewan Ulamak PAS Pusat berkongsi kesedihan dan kebimbangan ahli keluarga terhadap status keselamatan 239 penumpang MAS MH370,

“untuk itu Dewan Ulamak PAS Pusat mengarahkan seluruh ahli Dewan Ulamak memimpin solat hajat bersama masyarakat selepas isya’ malam ini,”ujarnya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berharap ahli keluarga yang sedang dilanda kebimbangan supaya tabah dan terus menerus berdoa.
Antara doa yang elok dibaca kata beliau ialah

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksudnya:

“Cukuplah Allah bagi kami dan Dia adalah sebaik-baik tempat penyerahan diri”

Sehubungan itu, Pemuda PAS Malaysia (PPM) mengikuti perkembangan insiden MH370 dengan penuh kebimbangan.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, penerbangan MH370 tersebut membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Suhaizan background putihMenurut beliau, dari maklumat yang diperolehi, seramai 152 warga China termasuk seorang bayi berada dalam pesawat tersebut, seramai 38 orang warga Malaysia, 12 orang warga Indonesia, 7 orang warga Perancis, 3 orang warga Amerika Syarikat, 3 orang termasuk seorang bayi New Zealand, 2 orang Ukraine, 2 orang Kanada, 2 orang Rusia, 1 orang warga Itali, 1 orang Netherlands dan 1 orang Austria.

Justeru beliau menyokong seruan Dewan Ulamak untuk bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah berdoa agar pesawat dan kesemua penumpangnya selamat.

“Saya juga mengajak seluruh lapisan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi liar sebelum mendapat pengesahan rasmi MAS.
“saya mengharapkan kesemua ahli keluarga terbabit agar bertenang dan bersabar. Di atas segala-galanya, menyerahkan diri kepada Allah SWT adalah jalan terbaik sebagai hamba Nya,”ujarnya