Arab Saudi Pula Menyenaraikan Ikhwan al-Muslimin Sebagai ‘Pengganas’

1031

Arab Saudi mengikuti jejak langkah Mesir, menyenaraikan Ikhwan al-Muslimin sebagai sebuah pertubuhan pengganas bersama-sama dengan dua kumpulan al-Qaeda berkaitan yang berperang di Syria.

Dekri terhadap Ikhwan, yang menyokong Mohamad Morsi, Presiden pertama dipilih secara demokratik yang digulingkan tentera Mesir, dilaporkan di televisyen negara Arab pada hari Jumaat.

Mesir pada bulan Disember menyenaraikan Ikhwan sebagai pertubuhan pengganas, yang menyebabkan penangkapan ahli dan syarikat bersekutu serta memaksa kumpulan Islam itu bergerak secara ‘bawah tanah’.

king-abdullah wirh hafez assadArab Saudi juga menyenaraikan Jabhat al-Nusra, yang merupakan sekutu rasmi al-Qaeda di Syria, dan Kumpulan Negara Islam Iraq Levant (ISIL), yang telah berlepas diri dari al-Qaeda.

Negara yang mentadbir dua ‘tanah haram’ itu juga menyenaraikan sebagai ‘pengganas’ pemberontak Syiah Huthi yang berjuang di utara Yaman dan kumpulan yang sedikit diketahui dalaman Syiah, Hezbollah di Hijaz.

Mahkamah hjuga dilaporkan, memerintahkan mana-mana warganegara Arab Saudi yang berjuang di luar negara untuk kembali ke negara tersebut dalam tempoh 15 hari atau menghadapi hukuman penjara.

Raja Abdullah bulan lalu menetapkan hukuman penjara sehingga 20 tahun bagi yang bergabung dengan “kumpulan pengganas” dan berjuang di luar negara.

Agensi berita SPA dilapor menyataka, hukuman yang sama akan dikenakan kepada orang-orang yang dianggap memiliki ‘ideologi pelampau agama, atau yang dikelaskan sebagai pertubuhan pengganas, di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa.

Di bawah perintah itu, menyokong kumpulan-kumpulan yang disenaraikan pengganas samada menerima pakai ideologi mereka atau menggalakkan mereka “melalui ucapan atau menulis” juga akan menanggung hukuman penjara.