Kabinet Sarawak Hanya Kereta Buruk Dicat Baru!

1728

Majlis Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri Muda Negeri Sarawak menyaksikan tiada rombakan besar berlaku dalam portfolio penting kerajaan negeri.

Ketua Penerangan PAS Sarawak Andri Zulkarnaen Hamden [Gambar bawah] berkata, Barisan Nasional (BN) Sarawak ketandusan pemimpin apabila muka-muka lama sejak era Taib Mahmud masih mendominasi jawatan penting dalam pentadbiran negeri.Ketua Menteri Sarawak.

Andri Zulkarnaen Hamden“Tan Sri Adenan Satem sendiri mengumumkan beliau menerajui portfolio Kewangan dan Perancangan Sumber dan Alam Sekitar,

“Pelantikan baru ini menyaksikan juga seorang menteri menjawat lebih dari satu kementerian malah ada yang menjawat tiga kementerian sekaligus,

“ia sesuatu yang nampak tempang menandakan bertapa tandusannya kepimpinan kerajaan BN sarawak dalam melahirkan pemimpin muda,”ujarnya.

Beliau berkata, seharusnya wakil-wakil rakyat muda digilap bakatnya dalam BN Sarawak dan diberi peluang agar mempersiapkan diri mereka untuk memikul tanggungjawap besar nanti.

Sepatutnya, kata beliau, Menteri kanan yang sudah berkhidmat berpuluh tahun seharusnya peka dengan kelemahan diri dan membuka ruang serta laluan kepada generasi muda bagi mengantikan mereka.

“Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat sarawak atas rombakan kecil kebinat baru yang diumumkan itu,

“kabinet baru ini umpama seperti kereta buruk yang hanya dicat semula………kalau diamati pemkembangan parti BN sarawak terutama parti PBB, ia sudah tidak mendapat tempat di hati generasi muda Sarawak,

“sebab itulah mereka gagal melahirkan kepimpinan muda yang berwibawa kalau ada pun masih belum layak dan tidak mampu untuk mengugat yang tua,”tambahnya

SENARAI penuh Kabinet Sarawak adalah seperti berikut;

Ketua Menteri: Tan Sri Adenan Satem

Timbalan Ketua Menteri: Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang

Menteri Muda Hal Ehwal Islam: Datuk Daud Abdul Rahman

Menteri Muda Pembangunan Usahawan Bumiputera: Datuk Mohd Naroden Majais

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Pribumi dan Penan): Datuk John Sikie Tayai

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal): Datuk Len Talif Salleh

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri: Tan Sri Adenan Satem

Menteri Kedua: Datuk Seri Wong Soon Koh

KEMENTERIAN PERANCANGAN SUMBER DAN ALAM SEKITAR

Menteri: Tan Sri Adenan Satem

Menteri Kedua: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan

Menteri Muda Perancangan Sumber: Datuk Mohd Naroden Majais

Menteri Muda Alam Sekitar: Datuk Len Talif Salleh

KEMENTERIAN MODENISASI PERTANIAN

Menteri: Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang

Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran): Datuk Mong Dagang Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang): Datuk Sylvester Entri Muran

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Menteri: Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar: Datuk Francis Harden Hollis

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar: Datuk Julaihi Narawi

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN TANAH

Menteri: Tan Sri Dr James Jemut Masing Menteri Muda Pembangunan Tanah: Datuk Gramong Juna

Menteri Muda Pembangunan Tanah: Datuk Abdul Wahab Aziz

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL

Menteri: Tan Sri William Mawan Ikom

Menteri Muda Sukan: Datuk Dr Lee Kim Shin Menteri Muda Pembangunan Belia: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan: Liwan Lagang

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI

Menteri: Datuk Seri Wong Soon Koh

Menteri Muda Perkhidmatan Komuniti: Datuk Peter Nansian Ngusie

Menteri Muda Kerajaan Tempatan: Datuk John Sikie Tayai

Menteri Muda Kesihatan Awam: Datuk Dr Jerip Susil

KEMENTERIAN PERUMAHAN

Menteri: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

Menteri Muda Perumahan: Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Muda Perumahan: Datuk Francis Harden Hollis

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

Menteri Muda Pelancongan: Datuk Gramong Juna

Menteri Muda Pelancongan: Datuk Talip Zulpilip

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KOMUNIKASI

Menteri: Datuk Seri Michael Manyin Jawong

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur: Datuk Daud Abdul Rahman

Menteri Muda Komunikasi: Datuk Lee Kim Shin

KEMENTERIAN KEMUDAHAN AWAM

Menteri: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi): Datuk Dr Stephen Rundi Utom

Menteri Muda Kemudahan Awam: Datuk Sylvester Entri Muran

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI

Menteri: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Menteri Muda (Pembangunan Estet

Perindustrian): Datuk Peter Nansian Ngusie

Menteri Muda (Pelaburan dan Promosi): Datuk Julaihi Narawi

KEMENTERIAN KEBAJIKAN, WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

Menteri: Datuk Fatimah Abdullah

Menteri Muda Kebajikan: Robert Lawson Chuat Vincent Entering

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga: Rosey Yunus