MARANG – sukan bola sepak merupakan satu riadah yang berbentuk ibadat selagi mana ia tidak melanggar batas batas ‘syara’.
Umumnya, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ariffin Deraman, sukan memberikan kesan positif, meningkatkan semangat dan perpaduan di kalangan penduduk.
“Bla sepak memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di antara penduduk khususnya di kalangan orang-orang muda,
“sukan bola sepak juga merupakan satu riadah yang berbentuk ibadat selagi mana tidak melanggar batas batas syara’,”ujarnya.
Namun begitu, kata beliau, perkembangan dunia kini menjadikan sukan bola sepak sebagai industri dan modal ‘pengaruh’ kepada ahli-ahli politik.


Ariffin yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Marang berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Penyelaras Pemuda PAS Alor Limbat di Di Padang Bolasepak Kampung Banggol Tokku.
Beliau turut mendesak badan induk bola sepak Negara itu menyelesaikan segera isu-isu yang melibatkan perlawanan bola sepak terutaanya yang melibatkan pasukan T-Team dari negeri Terengganu baru-baru ini.
“seatutnya FAM tidak membiarkan ia berlarutan hingga pemain bola sepak dipaksa bersumpah………..ia bukannya sukar,
“laporan polis sudah dibuat, kenyataan sudah diambil………..polis perlu ambil tindakan menyiasat dan ambil tindakan kepada pelaku kesalahan,”tegasnya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan yang bertanding dan syabas kepada pemenang, kejohanan bola sepak tersebut.
Menyentuh tentang isu semasa, beliau menyeru para pemuda berfikiran positif, kreatif serta bijak menilai maklumat dan informasi.
“pemuda seharusnya berfikiran terbuka dan sensitif dengan isu isu dan perkembangan terkini yang berlaku dalam negara melalui maklumat dan informasi yang betul,
“kerana generasi muda ini lah yang akan menerajui negara suatu hari nanti,”katanya,


























