Malaysia Masih Guna Undang-undang Rimba

1077

Ketua Penerangan Persatuan anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Naraza Muda kesal dengan tindakan pihak imigresen Sarawak menahan Presiden ANAK.

Beliau berkata, Mazlan Aliman yang juga Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat ditahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu hari ini kira-kira jam 11.25 pagi.

Oleh itu, beliau bersama beberapa aktivis lain telah membuat laporan polis ekoran kejadian tersebut.

“Kami sedang buat laporan polis penahanan Presiden ANAK di Lapangan Sibu hari ini, Mazlan Aliman sekali lagi ditahan dari memasuki Sarawak. Kali ini beliau ditahan Lapangan Terbang Sibu.

tmp_IMG-20140222-WA00641111908488“bagi pihak ANAK kami merasakan kekesalan kerana warganegara Malaysia tidak lagi boleh bebas walaupun di negara sendiri,”ujarnya ketika dihubungi.

Naraza mengkritik keras tindakan menahan ketuanya dan menyifatkan ia adalah satu lagi bukti kerajaan Malaysia masih mengamalkan undang-undang rimba.

Sementara itu, dalam laman sosialnya Mazlan menulis bahawa; “Saya di tahan oleh Pihak Imigresen setibanya di Airport Sibu jam 11.25 pagi ini. Alasan, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.”

“Saya tidak dikehendaki oleh Kerajaan Sarawak,” kata pegawai Imigresen.

Beliau yakin ia ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang akan dirasmikan Presiden PAS di Beting Maro esok.

Sebelum ini beliau pernah ditahan atas alasan yang sama.