Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) membuat satu lagi laporan polis walaupun pihak berkuasa belum mengambil tindakan terhadap laporan polis yang Felda Global Venture Holding Berhad (FGVH) yang dibuat sebelum ini. |
Menurut Ketua Penerangannya, Naraza Muda, laporan tersebut dibuat kerana penjualan 51% ekuiti milik Koperasi Permodalan Felda (KPF) Berhad kepada FGVH di lihat sangat meragukan.
Katanya, tiada dokumen berkaitan disediakan kepada perwakilan dan pemegang saham KPF di Mesyuarat Agung 27 Oktober 2013 di Dewan Banquet Menara Felda.


“Perpindahan 112,199,999 unit saham persamaan 51% ini melibatkan nilai RM2.2bilion ataupun RM19.61 sesaham,”soal Naraza ketika dihubungi
Beliau berkata laporan tersebut akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada hari Rabu (hari ini) 19 Februari.
Katanya, apa yang menjadi persoalan adalah, mengapa penjualan ini dibawah harga penilai yang dilantik KPF sendiri.
“Firma penyelidikan CIMB pada 19/7/13 menilai 51% ekuiti yg dipegang oleh KPF dalam Felda Holdings Berhad ialah RM2,860 juta dan TA Securities menilai sehingga RM 4,081 juta.
“Mengapa pihak KPF melepaskan saham KPF dalam FHB dibawah harga sepatutnya?
“Sebab itulak kami ANAK mahu pihak berkuasa mekakujan sisatan menyeluruh ke atas trasaksi ini,”jelas beliau.
Pada 21 Januari lalu, Anak mendakwa penjualan 51 peratus ekuiti Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam Felda Holding Berhad (FHB) kepada Felda Global Venture (FGV) bernilai RM2.2 bilion didakwa terlalu rendah.
Penasihat ekonomi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Dr Rosli Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung perwakilan khas KPF pada 27 Oktober lalu.
Katanya, KPF hanya dibayar RM2.2 bilion (RM19.61 sesaham) untuk menjual kepentingannya tetapi Felda dibayar RM5.6 bilion (RM52.1 sesaham) untuk 49 peratus kepentingan.
“Sekiranya dibayar pada harga yang sama (RM52.1 sesaham), KPF sepatutnya dibayar RM6.3 bilion, bermakna KPF dikurang bayar sebanyak RM4.1 bilion.
“Ini bermakna KPF dibayar hanya 37.6 peratus daripada nilai munasabah 51 peratus kepentingan dalam FHB.
“Kenapakah harta yang sama dari segala aspeknya tetapi harga amat jauh berbeza?” soalnya




























