Oleh Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali
1. Bersumpah Dengan Mushaf Adalah Sumpah Yang Sah. Sekiranya sumpah tersebut adalah bohong maka perlu membayar kaffarah sumpah.
Menurut Ibnu Qudamah, Imam Qatadah bersumpah dengan mushaf dan tokoh mazhab kami iaitu Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ishaq tidak menganggapnya makruh kerana orang yang bersumpah dengan mushaf selalunya bermaksud bersumpah dengan al-Quran yang tertulis di mushaf tersebut.
2. Bersumpah dengan nama Allah sambil Meletakkan Tangan Atas Mushaf Adalah Harus.
Resolusi Lembaga Fiqh Islam ialah meletakkan tangan orang yang bersumpah di atas mushaf bukanlah syarat sah bersumpah namun ia harus dilakukan apabila dirasakan perlu oleh Hakim untuk memperkuatkan sumpah supaya orang yang bersumpah takut untuk berbohong.


4. Sukan bola sepatutnya menjadi sebab kepada pertautan hati rakyat dan persahabatan sesama manusia bukannya sebab kepada permusuhan dan kebencian. Semua pihak diminta jangan membiarkan syaitan mengambil kesempatan mengapi-apikan sesama manusia muslim. Sebarang salah faham perlu dirungkai dan diselesaikan berasaskan persaudaraan Islam dan kemanusiaan demi melahirkan masyarakat yang bahagia dan aman.
Allah berfirman menceritakan peranan syaitan menerusi amalan haram minum arak dan berjudi:
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
Maksudnya: “Syaitan itu hanya mahu menjatuhkan antara kamu permusuhan dan kebencian menerusi arak dan judi dan memalingkan kamu daripada ingat Allah dan solat. Mahukah kamu berhenti??” (Surah al-Maidah ayat 91)
***Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (at-Takiri) adalah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS yng juga Ahli Parlimen Kuala Nerus





























