‘Jom Turun’ Ke Seluruh Negara

1410

PAS akan menggerakkan ‘Jom Turun’ ke seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi menyedarkan masyarakat tentang kenaikan harga barang adalah disebabkan tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional menaikkan harga minyak dan harga gula.

Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar berkata, kenaikan kedua-dua keperluan tersebut telah menyebabkan kos sara hidup meningkat.

Beliau menegaskan, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang tidak naiknya kadar Tol hanyalah satu pengumuman ‘kosong’.

Katanya, kenyataan Muhyiddin itu tidak membawa makna apa-apa, kerana tidak ada harga barang dan perkhidmatan yang turun, selepas pengumuman itu dibuat.

“kita akan gerakkan ke seluruh Negara selepas pelancaran ‘Jom Turun’ ini termasuk ke Sabah Sarawak kerana kenaikan kos sara hidup hari ini adalah disebabkan kerajaan menaikkan harga minyak dan harga gula,

“pengmuman Muhyiddin tidak beri kesan apa-apa, tidak ada harga barangan yang turun selepas beliau umumkan tidak ada kenaikan tol pada tahun ini,”ujarnya.

Jom Turun1Mahfuz berkata demikian ketika berucap dalam program pelancaranprogra Jom Turun di Desa Pandan, Kuala Lumpur semalam 7 Februari.

Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan rakyat agar tidak leka dengan isu ketegangan kaum dan agama yang sedang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya beliau menegaskan, rakyat harus terus memberikan tumpuan kepada isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang cuba ditutup Umno-BN.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab ahli-ahli Pakatan Rakyat untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tentang masalah kos sara hidup yang semakin menghimpit.

“Malangnya setelah rakyat tidak disedarkan dengan apa yang menimpa mereka, rakyat dilalaikan dengan isu yang sengaja diadakan-adakan.

“Isu kelemahan Kerajaan BN, isu harga barang naik, isu gejala sosial dan kegagalan pendidikan ini merupakan kelemahan BN.

“BN nak tutup kelemahan dia buat satu isu iaitu isu agama dan perkauman supaya kita ralit dengan isu ini dan tenggelamkan masalah sebenar rakyat.

“Kita jangan terperangkap dengan permainan yang liar dan menipu ini tapi marilah kita bersama kepimpinan yang membuktikan kesetiaan mereka kepada perjuangan membela rakyat walaupun memakan masa berpuluh-puluh tahun,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran ‘Jom Turun’ tersebut.